Anugerah Khas MB Dorong Salina Terus Berkhidmat Demi Rakyat
Anugerah Khas MB Dorong Salina Terus Berkhidmat Demi Rakyat

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Salina Samsudin berikrar untuk terus menabur bakti dan menunaikan amanah sebagai wakil rakyat dengan penuh keikhlasan serta tanggungjawab.
Menurut beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Tanjung Malim, pengiktirafan melalui Anugerah Khas Menteri Besar Perak yang diterima semalam bukan sekadar satu penghormatan, tetapi amanah besar yang memberi dorongan untuk terus bekerja keras demi rakyat.
“Anugerah ini melangkaui segala-galanya kerana yang paling penting ialah kepercayaan masyarakat. Ia menjadi pendorong untuk saya terus gigih berkhidmat,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Makan Malam dan Penghargaan Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negeri Barisan Nasional (BN) yang diadakan semalam.
Tambahnya, anugerah tersebut bukan soal pengiktirafan semata-mata, tetapi lambang kepercayaan dan penghargaan terhadap khidmat yang telah diberikan kepada rakyat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ab Rauf Santuni Peniaga, Laksana Ziarah Kasih Perkukuh Hubungan Pemimpin Dan Rakyat
- Mohd Isam Sempurnakan Penyerahan Rumah PPRS Dan Sumbangan Hari Natal
- UPTM Bukti Kejayaan Transformasi Pendidikan MARA – Ahmad Zahid
Kestabilan Politik Asas Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah – Jafry
“Ia membuatkan hati lebih insaf, rendah diri dan kuat untuk terus bekerja. Setinggi-tinggi penghargaan buat Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad atas kepimpinan yang tenang, berprinsip dan sentiasa mendengar denyut nadi rakyat,” katanya lagi.
Dalam masa sama, Salina turut menzahirkan penghargaan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang disifatkannya sebagai pemangkin utama kekuatan BN yang terus memimpin dengan keteguhan dan kebijaksanaan.
Beliau turut menegaskan bahawa BN bukan sekadar sebuah nama, tetapi sebuah keluarga perjuangan yang merangkumi UMNO, MCA, MIC dan rakan-rakan komponen lain.
“Perbezaan pandangan itu biasa, yang penting kita tidak berpecah. Sebaliknya, kita perlu terus merapatkan saf demi khidmat bakti kepada rakyat,” ujarnya.
Dalam pada itu, Salina turut menyatakan sokongan penuh terhadap calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan, Naim Kurniawan Moktar, anak kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, dan mengajak semua jentera parti untuk bekerja keras memastikan kerusi itu kekal bersama BN.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rombakan Kabinet: Ketelusan Pelantikan Penting Demi Keyakinan Rakyat – Shaiful Hazizy
- UMNO Sabah Kenal Pasti Empat Bakal Calon PRK Kinabatangan, DUN Lamag
- Rombakan Kabinet: Portfolio BN ‘Daya Sentuh’ Tinggi Terhadap Ekonomi Rakyat – Penganalisis
Tahniah Menteri WP Baharu, Mohd Rafi Harap Labuan Diangkat Semula Agar Tidak Ketinggalan
“Perjuangan ini kita teruskan dengan hati yang jujur dan niat yang betul. Bersama BN, bersama rakyat,” tegasnya.- UMNO Online
Anugerah Khas MB Dorong Salina Terus Berkhidmat Demi Rakyat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rombakan Kabinet… Veteran UMNO Tegaskan Keutamaan Jaga Rakyat
- Mohd Naim Dipilih Wakili BN PRK Parlimen Kinabatangan
- ‘Tiada Toleransi Terhadap Penderaan Pelajar, Cegah Sebelum Berulang’ – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jeffery Nor Mohamed Teruskan Ziarah Prihatin, Santuni Ahli Uzur
You must be logged in to post a comment.