‘Tiada Toleransi Terhadap Penderaan Pelajar, Cegah Sebelum Berulang’ – Ahmad Zahid

‘Tiada Toleransi Terhadap Penderaan Pelajar, Cegah Sebelum Berulang’ – Ahmad Zahid

‘Tiada Toleransi Terhadap Penderaan Pelajar, Cegah Sebelum Berulang’ – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap tindakan undang-undang diambil secara segera dan tegas terhadap individu yang didapati bersalah membabitkan keganasan terhadap pelajar institusi pendidikan agama di Sabah.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata ia selaras dengan peruntukan perundangan sedia ada, demi menegakkan keadilan dan mencegah kejadian seumpama ini daripada berulang.

“Kerajaan menegaskan bahawa sebarang bentuk kekerasan, penderaan atau layanan yang mencabul maruah kanak-kanak adalah tidak boleh diterima sama sekali, lebih-lebih lagi apabila ia berlaku dalam institusi yang sepatutnya menjadi medan pembinaan akhlak, ihsan dan kasih sayang.

“Perbuatan sedemikian bukan sahaja mencederakan mangsa, malah mencemar nama baik pendidikan Islam dan institusi tahfiz yang selama ini menjadi benteng pembentukan sahsiah ummah.

“Saya menegaskan bahawa insiden terpencil ini tidak mewakili keseluruhan ekosistem pendidikan tahfiz negara. Majoriti institusi tahfiz, guru dan para asatizah telah melaksanakan amanah mendidik para pelajar dengan penuh dedikasi, hikmah dan tanggungjawab,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook,

DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’


Ahmad Zahid dalam pada itu memaklumkan bagi memperkukuh perlindungan pelajar serta tadbir urus institusi tahfiz secara menyeluruh, kerajaan sedang mempergiat usaha ke arah pelaksanaan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara 2.0, yang dijadualkan untuk dilancarkan pada tahun hadapan.

Menurut beliau dasar ini akan memberi tumpuan antaranya kepada penguatkuasaan pematuhan undang-undang; pemantapan kurikulum dan model Pendidikan Tahfiz Kebangsaan; pemerkasaan modal insan dan tadbir urus institusi; peluasan laluan pendidikan serta kebolehpasaran huffaz.

“Dalam masa yang sama, bersempena Himpunan Huffaz 2025 dan Simfoni Dakwah Nusantara yang akan berlangsung pada 21 Disember 2025 di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak Darul Ridzuan, Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia (SPTM) akan dilancarkan sebagai mekanisme penting untuk menyeragamkan standard kualiti institusi tahfiz.

“Ia meliputi aspek tadbir urus, kebajikan pelajar, kualiti pengajaran, prasarana serta pematuhan perundangan, bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat, berdisiplin dan berakhlak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tahniah Menteri WP Baharu, Mohd Rafi Harap Labuan Diangkat Semula Agar Tidak Ketinggalan


“Saya yakin langkah-langkah bersepadu ini akan menjadi asas kukuh dalam memulihkan keyakinan masyarakat, memperkasa institusi tahfiz secara berhemah serta memastikan pendidikan al-Quran terus berkembang dalam kerangka yang berperikemanusiaan, berperaturan dan berteraskan nilai rahmah,” ujar beliau. – UMNO Online

‘Tiada Toleransi Terhadap Penderaan Pelajar, Cegah Sebelum Berulang’ – Ahmad Zahid


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kestabilan Politik Asas Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah – Jafry

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker