Singapura berkas lelaki dikaitkan bos empayar ‘scam’ terbesar

Singapura berkas lelaki dikaitkan bos empayar ‘scam’ terbesar

Singapura berkas lelaki dikaitkan bos empayar ‘scam’ terbesar
GAMBAR pada 18 Julai lalu menunjukkan polis tentera melihat komputer, telefon pintar dan peralatan lain yang dirampas semasa serbuan ke atas sebuah pusat scam di wilayah Kandal, Kemboja. – AFP

SINGAPURA – Seorang lelaki warga Singapura yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) ditahan di pulau berkenaan, kata polis hari ini.

Nigel Tang Wan Bao Nabil dituduh mempunyai kaitan dengan suspek dalang salah satu rangkaian penipuan (scam)  terbesar di Benua Asia.

Tang ditahan sekembalinya ke Singapura pada 11 Disember lalu kerana ‘disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Chen Zhi dan syarikat-syarikat berkaitan dengannya’, kata polis kepada AFP.

Tang, 32, ialah kapten kapal layar mewah milik Chen, lapor Business Times yang berpangkalan di Singapura.

Chen pula ialah seorang hartawan berdarah Britain-Kemboja yang dituduh mengendalikan kem buruh paksa di Kemboja. AS menyatakan, kem tersebut dijadikan pusat scam yang menipu orang ramai sehingga menyebabkan kerugian berbilion-bilion dolar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tahniah Menteri WP Baharu, Mohd Rafi Harap Labuan Diangkat Semula Agar Tidak Ketinggalan


Chen telah didakwa di Amerika Syarikat.

Washington berkata, konglomerat multinasional milik Chen, Prince Holding Group bertindak sebagai penyamaran untuk ‘salah satu organisasi jenayah transnasional terbesar di Asia’.

Prince Group telah menafikan dakwaan tersebut.

Tang pula adalah salah seorang daripada tiga warga Singapura yang dikenakan sekatan pada Oktober lepas oleh Jabatan Perbendaharaan AS kerana hubungan mereka dengan Chen.

Pada akhir Oktober lalu, polis Singapura berkata, pihaknya menyita aset yang dikaitkan dengan Chen berjumlah lebih AS$115 juta (RM468,8 juta) susulan serbuandi beberapa lokasi di negara kota itu.

Chen didakwa mengarahkan operasi kawasan buruh paksa di seluruh Kemboja, di mana ratusan pekerja yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia, ditahan dalam kemudahan seperti penjara dikelilingi oleh tembok tinggi dan kawat berduri, demikian menurut pendakwa raya AS.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kestabilan Politik Asas Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah – Jafry


Di bawah ancaman keganasan, mereka dipaksa melaksanakan apa yang dipanggil penipuan ‘pig butchering’ iaitu skim pelaburan mata wang kripto yang membina kepercayaan dengan mangsa dari masa ke masa sebelum mencuri dana mereka, kata Jabatan Kehakiman AS.

Sejak sekitar 2015, Prince Group telah beroperasi di lebih 30 negara di bawah nama perniagaan hartanah, perkhidmatan kewangan dan pengguna yang sah, kata pendakwa raya.

Hasil jenayah itu dicuci sebahagiannya melalui operasi perjudian dan perlombongan mata wang kripto milik Prince Group sendiri. – AFP

Singapura berkas lelaki dikaitkan bos empayar ‘scam’ terbesar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jeffery Nor Mohamed Teruskan Ziarah Prihatin, Santuni Ahli Uzur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker