Rombakan Kabinet… Veteran UMNO Tegaskan Keutamaan Jaga Rakyat
Rombakan Kabinet… Veteran UMNO Tegaskan Keutamaan Jaga Rakyat

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Veteran UMNO menyokong langkah rombakan kabinet terbaharu yang disifatkan sebagai selari dengan keperluan memberi nafas baharu kepada pentadbiran negara dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, selain bertujuan memperkukuh khidmat kepada rakyat.
Pengerusinya, Datuk Othman Desa berkata, rombakan kabinet berkenaan dilihat sebagai usaha memantapkan kerajaan sedia ada, khususnya dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat terus diperkasakan.
Menurutnya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus diberi peranan penting dengan memegang kementerian yang dianggap penting dan strategik.
Rombakan Kabinet… Veteran UMNO Tegaskan Keutamaan Jaga Rakyat
“Rombakan kabinet ini pada asasnya dibuat untuk menjaga rakyat. Ia bertujuan memperkukuh kestabilan negara dalam melaksanakan tanggungjawab serta memenuhi keperluan rakyat secara lebih berkesan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rombakan Kabinet: Ketelusan Pelantikan Penting Demi Keyakinan Rakyat – Shaiful Hazizy
- UMNO Sabah Kenal Pasti Empat Bakal Calon PRK Kinabatangan, DUN Lamag
- Rombakan Kabinet: Portfolio BN ‘Daya Sentuh’ Tinggi Terhadap Ekonomi Rakyat – Penganalisis
Tahniah Menteri WP Baharu, Mohd Rafi Harap Labuan Diangkat Semula Agar Tidak Ketinggalan
“Paling penting, rombakan ini memastikan kerajaan terus berfungsi dengan baik demi kepentingan rakyat dan kestabilan negara serta memberi tumpuan kepada penyelesaian isu-isu mendesak yang dirasai oleh rakyat,” katanya kepada UMNO Online.
Mengulas lanjut Othman menegaskan bahawa rombakan kabinet tidak wajar dijadikan medan tekanan terhadap Perdana Menteri kerana perkara tersebut merupakan prerogatif beliau.

“Semua pihak perlu mengutamakan kepentingan kerajaan dan rakyat, bukannya kepentingan parti semata-mata. Negara ini terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Oleh itu, apabila membincangkan soal pelantikan menteri, ia tidak seharusnya tertumpu kepada satu kaum sahaja.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat keputusan terbaik berdasarkan pertimbangan semasa, sambil mengakui bahawa tiada keputusan yang benar-benar sempurna. Pandangan daripada pelbagai pihak luar juga wajar didengar demi kebaikan bersama,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’
- Rombakan Kabinet: Portfolio BN ‘Daya Sentuh’ Tinggi Terhadap Ekonomi Rakyat – Penganalisis
- BN Perlu Menyerlah, Pulihkan Keyakinan Rakyat Terhadap Politik Yang Berfungsi
‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’
Dalam pada itu, beliau mengakui terdapat beberapa kebimbangan yang mungkin timbul susulan rombakan tersebut, khususnya melibatkan kepimpinan di Kementerian Wilayah yang disandang oleh individu daripada satu kaum sahaja, sekali gus berpotensi menimbulkan persepsi kurang baik terhadap semangat perpaduan nasional.
“Bukannya kita bersikap rasis atau tidak percaya, tetapi jangan mewujudkan persepsi negatif. Persepsi ini penting kerana ia memberi kesan kepada keyakinan rakyat.
“Tidak menjadi kesalahan sekiranya jawatan Menteri atau Timbalan Menteri diberikan secara seimbang kepada wakil Melayu dan kaum lain, agar komposisi kabinet kelihatan lebih inklusif, harmoni dan mampu meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan,” ujarnya.
Terdahulu, pada Selasa lalu, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan anggota pentadbiran Kerajaan Madani yang baharu di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Pelantikan tersebut merupakan langkah penstrukturan semula bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran serta memastikan pelaksanaan dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. – UMNO Online
Rombakan Kabinet… Veteran UMNO Tegaskan Keutamaan Jaga Rakyat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ab Rauf Santuni Peniaga, Laksana Ziarah Kasih Perkukuh Hubungan Pemimpin Dan Rakyat
- Mohd Isam Sempurnakan Penyerahan Rumah PPRS Dan Sumbangan Hari Natal
- UPTM Bukti Kejayaan Transformasi Pendidikan MARA – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kestabilan Politik Asas Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah – Jafry
You must be logged in to post a comment.