Mohd Naim Dipilih Wakili BN PRK Parlimen Kinabatangan

Mohd Naim Dipilih Wakili BN PRK Parlimen Kinabatangan

Mohd Naim Dipilih Wakili BN PRK Parlimen Kinabatangan

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Bendahari Pemuda Barisan Nasional (BN) yang juga Anak Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Mohd Naim Kurniawan diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan.

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Mohd Naim menerusi perkongsian di Facebook beliau malam tadi.

“Terima kasih kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid  Hamidi atas kepercayaan dan amanah sebagai Calon BN PRK Parlimen Kinabatangan.

“Ini bukan hanya sekadar mandat parti, tetapi sekaligus membawa tuntutan pembelaan daripada seluruh rakyat di Kinabatangan,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan  turut meluahkan perasaan alangkah sempurna jika momen berkenaan disaksikan oleh bapanya.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’


“Alangkah sempurnanya jika “moment” ini disaksikan oleh bapa saya. Namun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik. Takziah dan tahniah ini akan dipikul bersama dan akan diperjuangkan dengan sepenuh jiwa, kudrat serta keikhlasan,” katanya.

UMNO Sabah sebelum ini telah mengenal pasti empat individu sebagai calon berpotensi bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

Kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag kosong selepas penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radi  yang juga Pengerusi BN Sabah meninggal dunia pada 5 Dis lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag pada 24 Januari 2026 manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 10 dan 20 Januari.

Bung Moktar berjaya mempertahankan kerusi DUN Lamag pada Pilihan Raya Negeri Sabah 29 November lepas. – UMNO Online

Mohd Naim Dipilih Wakili BN PRK Parlimen Kinabatangan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kestabilan Politik Asas Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah – Jafry

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker