Jeffery Nor Mohamed Teruskan Ziarah Prihatin, Santuni Ahli Uzur

Jeffery Nor Mohamed Teruskan Ziarah Prihatin, Santuni Ahli Uzur

Jeffery Nor Mohamed Teruskan Ziarah Prihatin, Santuni Ahli Uzur

PUTATAN, 19 Dis – Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed, meneruskan agenda khidmat bakti parti kepada rakyat dengan menziarahi ahli-ahli keluarga UMNO yang sedang uzur di lima buah kampung dalam Mukim Pulau Gaya, pada program ziarah yang diadakan hari ini.

Menurut beliau, program ziarah seperti ini merupakan antara pendekatan berterusan UMNO Putatan untuk memastikan kebajikan ahli dan masyarakat setempat sentiasa diberi perhatian, khususnya golongan yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ketua PDM, Saudara Dayel, serta Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Putatan, Kak Ruqayah dan Puan Neliah, yang sudi bersama saya turun padang sejak awal pagi demi memastikan kebajikan ahli-ahli kita dapat disantuni,” katanya.

Jeffery turut menegaskan bahawa UMNO bukan sekadar sebuah parti politik, sebaliknya sebuah wadah perjuangan yang sentiasa mendahulukan khidmat kepada rakyat, tanpa mengira masa dan keadaan.

“Semoga Allah SWT mengangkat segala kesakitan yang dialami oleh ahli-ahli UMNO di Mukim Pulau Gaya ini. Insya-Allah, saya sendiri akan terus komited untuk menziarahi ahli-ahli kita yang sedang uzur di mana sahaja dalam kawasan Parlimen Putatan,” tambah beliau.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tahniah Menteri WP Baharu, Mohd Rafi Harap Labuan Diangkat Semula Agar Tidak Ketinggalan


Jeffery Nor Mohamed Teruskan Ziarah Prihatin, Santuni Ahli Uzur

Beliau berkata, budaya turun padang dan mendekati rakyat akan terus diperkasakan oleh UMNO Putatan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada mereka yang memerlukan, selaras dengan semangat perjuangan parti yang sentiasa bersama rakyat.

Selesai program ziarah di Pulau Gaya, Jeffery meneruskan kunjungan ke Hospital Queen Elizabeth bagi menziarahi Nenek Tok yang sedang menerima rawatan.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik, kekuatan serta kesembuhan buat nenek. Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan.

“Program ziarah ini mencerminkan komitmen berterusan UMNO dalam mendekati masyarakat, menyantuni golongan uzur dan mempraktikkan nilai keprihatinan serta kebersamaan dalam perjuangan parti demi kesejahteraan rakyat,” katanya lagi. – UMNO Online

Jeffery Nor Mohamed Teruskan Ziarah Prihatin, Santuni Ahli Uzur

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kestabilan Politik Asas Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah – Jafry

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker