Wanna asyik ‘berendam air mata’

Wanna asyik ‘berendam air mata’

Wanna asyik 'berendam air mata'
WANNA bawa watak berat dan mencabar sebagai Zulaikha dalam drama Setiaku Berdiri.

Selain Ummi Nazeera, Siti Elizad dan Mira Filzah yang boleh dilabelkan sebagai pelakon air mata, nama Wanna Ali, 28, juga dilihat tidak terkecuali apatah lagi bakat lakonannya kini semakin matang.

Muncul dengan drama terbaharu Setiaku Berdiri arahan Rashid Sibir dengan diberi tanggungjawab memegang watak Zulaikha – wanita kampung yang bernasib malang, Wanna mengakui dia banyak bermain air mata.

Meskipun satu cabaran besar dan berat kerana bermain emosi dengan menangis di set penggambaran, ia adalah pengorbanan perlu digalasnya.

Wanna berkata, sebagai pelakon, dia suka mempelbagaikan watak dibawa walaupun terpaksa bermain dengan tuntutan emosi yang berat dan perlu berendam air mata.

“Cerita dalam Setiaku Berdiri ini sangat berat untuk saya kerana membawa watak wanita yang malang. Sangat kasihan sebab asyik kena menangis sahaja.

“Tetapi, saya pun sebenarnya sudah lama tak bawa watak berat macam ini sebagaimana karakter Asyikin Zaman dalam drama Bukan Sekadar Lafaz di TV3 bersama Alif Satar dulu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tahniah Menteri WP Baharu, Mohd Rafi Harap Labuan Diangkat Semula Agar Tidak Ketinggalan


“Karakter berat sebegini sangat ‘strong’ (kuat). Jadi, bila saya kena kembali semula dengan watak wanita kampung yang asyik menangis ini, memang satu cabaran besar,” katanya.

Berbicara lanjut, Wanna menjelaskan dia seorang ‘happy go lucky’, suka bercakap dengan orang serta bergurau senda, tetapi terpaksa mengasingkan diri menjadi pendiam apabila di set penggambaran.

“Apabila kena bawa watak sedih macam ini, saya perlu lepaskan banyak ‘benda’ sebab nak bersedih, ada babak menangis kerana Zulaikha nasibnya agak malang.

“Jadi, selama saya di set penggambaran dari siang sampai ke malam, saya kena banyak bersendiri, diamkan diri, serap karakter ini (Zulaikha) dengan jalan cerita, penatlah,” katanya.

Isteri Khairil Amri Khalid yang juga menantu bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ini berkata, dia sangat bersyukur kerana suaminya begitu memahami.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’


Wanna yang mendirikan rumah tangga dengan Khairil Amri pada 9 Februari lalu turut memaklumkan suaminya adalah penyokong utama dalam karier, namun dia juga memilih tidak berbicara soal cahaya mata.

“Mengenai perkara itu (anak), biar dulu. Saya lebih selesa berkongsi tentang karier kerana mahukan ‘privacy’. Sejak dulu saya pun tidak terlalu terbuka bercerita hal peribadi dan fokus pada kerja sahaja.

“Saya harap keputusan ini dihormati. Apa pun, Alhamdulillah suami saya, Khairil sangat memahami dan dia sentiasa memberikan sokongan,” katanya.

Menurut Wanna atau nama sebenarnya Nor Syazwana Mohd Ali, walaupun dalam tempoh empat bulan ini dia jarang berada di rumah kerana sibuk dengan ‘shooting’ drama Setiaku Berdiri, tetapi suaminya tetap okey.

Ditanya juga sama ada dia pernah terbawa balik watak Zulaikha hingga ke rumah, Wanna tidak menafikannya kerana mungkin sudah terlalu banyak bermain emosi sedih di set penggambaran.

“Ya, saya ada terbawa balik juga. Kadang-kadang kita tak sedar. Biasalah perempuan, ada masa tak sedar emosi itu. Jadi, bila saya balik ke rumah, mesti ada rasa penat sebab dah buat banyak babak menangis.

“Jadi, kadang-kadang ada terlepas juga rasa kurang selesa kerana watak Zulaikha ini kepada suami. Sampaikan suami saya pun ada cakap, ‘awak ni kalau balik saja, mesti ada benda tak kena’.

“Bila dah macam itu, saya sendiri kena sedar cepat-cepat dan terus minta maaf kepada dia (Khairil). Tapi, mujur juga suami saya seorang yang okey sebab dia tahu ini adalah sifat manusia, kita terlupa.

“Oleh itu, untuk kembali tenangkan diri sendiri, saya selalunya akan refleksi diri semula, lebih peka dan pastikan bersikap baik kepada suami dan rehatkan diri. Kalau ada masa tidak bekerja, saya luang masa penuh dengan dia,” katanya.

Katanya, hanya dirinya yang tahu bagaimana untuk menenangkan semula diri dan sebagai isteri, dia kena sentiasa berjaga-jaga agar tindakannya tidak mengguris hati suami.

Wanna asyik ‘berendam air mata’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kestabilan Politik Asas Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah – Jafry

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker