UPTM Bukti Kejayaan Transformasi Pendidikan MARA – Ahmad Zahid
UPTM Bukti Kejayaan Transformasi Pendidikan MARA – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan MARA sejak lebih lima dekad lalu, telah berdiri teguh bahawa pendidikan adalah tangga utama mobiliti sosial dan pemangkin masa depan bangsa.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata kepercayaan itu yang terus mendorong pelaburan berterusan dalam sektor pendidikan demi membina generasi berdaya saing.
“Daripada legasi itulah lahirnya Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), sebuah institusi yang dibina untuk menjawab tuntutan zaman dan realiti masa hadapan,” katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian menerusi satu hantaran di Facebook selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen UPTM ketiga bagi Sidang Pertama di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, bagi meraikan kejayaan 2,075 graduan.
Sementara itu, beliau menyifatkan UPTM sebagai bukti kejayaan transformasi institusi pendidikan tinggi MARA yang berdaya saing dan menepati kehendak semasa industri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’
- Rombakan Kabinet: Portfolio BN ‘Daya Sentuh’ Tinggi Terhadap Ekonomi Rakyat – Penganalisis
- BN Perlu Menyerlah, Pulihkan Keyakinan Rakyat Terhadap Politik Yang Berfungsi
‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’
Katanya, ia sekaligus mencerminkan komitmen berterusan UPTM dalam memperkasa pelajar dengan ilmu, kemahiran dan nilai profesional sejajar keperluan pasaran kerja global.
“Alhamdulillah, saya melihat UPTM kini sedang berada di landasan yang tepat.
Pelancaran program Sarjana Muda Kecerdasan Buatan (AI), pensijilan profesional bagi sebahagian besar program, status Platinum ACCA serta kadar kebolehpasaran graduan mencecah 93.4 peratus berbanding 91.5 peratus pada tahun sebelumnya membuktikan pendekatan applied and industry-ready ini benar-benar hidup dalam DNA UPTM.
“Kepada para graduan, hari ini bukanlah penamat sebuah perjalanan, tetapi permulaan amanah baharu. Bawalah nilai Trusted, Caring, Resilient dan Respected ke mana jua anda melangkah.
“Gunakan ilmu untuk memberi manfaat, kerana kejayaan sebenar diukur pada sumbangan kita kepada masyarakat dan negara. Insya-Allah,” ujar beliau. – UMNO Online
UPTM Bukti Kejayaan Transformasi Pendidikan MARA – Ahmad Zahid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rombakan Kabinet: Ketelusan Pelantikan Penting Demi Keyakinan Rakyat – Shaiful Hazizy
- UMNO Sabah Kenal Pasti Empat Bakal Calon PRK Kinabatangan, DUN Lamag
- Rombakan Kabinet: Portfolio BN ‘Daya Sentuh’ Tinggi Terhadap Ekonomi Rakyat – Penganalisis
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tahniah Menteri WP Baharu, Mohd Rafi Harap Labuan Diangkat Semula Agar Tidak Ketinggalan
You must be logged in to post a comment.