Tunjuk bukti yang saya pukul dia – Kamal Adli
Tunjuk bukti yang saya pukul dia – Kamal Adli

KUALA LUMPUR: Pelakon, Kamal Adli, menolak tuduhan yang kononnya dia pernah memukul isteri, Uqasha Senrose sepanjang empat tahun perkahwinan mereka.
Malah, Kamal memaklumkan dia berani bersumpah yang dakwaan itu sekadar tuduhan yang berniat untuk menjejaskan maruah dan reputasinya.
“Saya sudah dapat menganggak tuduhan ini akan ditimbulkan. Demi Allah, saya berani junjung Al-Quran dan bersumpah atas nama ibu ayah yang saya tak pernah pukul isteri, apatah lagi tumbuk, tarik rambut dia, sama sekali tidak. Saya sudah jangka yang permainannya begini.
“Kenapa sekarang dia timbulkan cerita ini? Tolong tunjuk bukti yang saya pernah pukul dia. Ini adalah fitnah,” katanya.
Kamal berkata demikian selepas sesi pendengaran laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini pagi tadi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’
- Rombakan Kabinet: Portfolio BN ‘Daya Sentuh’ Tinggi Terhadap Ekonomi Rakyat – Penganalisis
- BN Perlu Menyerlah, Pulihkan Keyakinan Rakyat Terhadap Politik Yang Berfungsi
‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’
Pelakon berusia 39 tahun itu dalam masa yang sama mencabar isterinya membuktikan semua tuduhan yang dibuat terhadapnya termasuk dakwaan kononnya isterinya itu cedera kerana dipukul.
“Buktikan yang lebam pada tubuhnya itu angkara perbuatan saya. Saya berani junjung Al-Quran, menyatakan yang saya tidak pukul dia.
“Terpulang kepada dia mahu pusing cerita. Saya cabar dia, dapatkan pengesahan forensik, bagi kepastian yang lebam pada tubuhnya itu kerana dipukul atau disebabkan tahan memukul,” tegasnya.
Kamal dalam pada itu mengakui cukup terluka dengan fitnah dan cerita yang diada-adakan, apatah lagi dibuat oleh isterinya sendiri.
“Katanya sudah buat laporan polis, saya juga boleh ambil tindakan yang sama. Saya juga simpan bukti, video dan gambar pasal dia. Tapi saya tak pernah dedahkan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuduhan ‘Mabuk Kuasa’ Tunjuk Kekecewaan Sendiri – Sollehin
- Zahari Santuni Warga Felda dan Komuniti OKU, Sampaikan Bantuan Kasih Johor
- Wanita UMNO Pasir Salak Terus Komited Turun Padang Santuni Rakyat
Bersama BN Jaga Disiplin, Mahu Keluar Jangan Berselindung… – Manndzri
“Apa yang dia lakukan terhadap saya sudah sampai tahap keterlaluan. Saya tersakiti. Tapi saya tetap dengan keputusan untuk pertahankan rumah tangga saya.
“Aib isteri saya simpan, demi Allah saya tak akan canang. Tapi dia, dari awal dulu, bermacam-macam, satu persatu cerita tidak benar dia buka.
“Pasal dia, saya tak cerita, dan tak akan cerita sebab dia masih isteri saya. Saya cuma bersabar apabila dia bercerita macam-macam tentang saya.
“Saya banyak pendam dan simpan perasaan apabila isteri sendiri memburukkan saya, saya masih boleh berdiam. Tapi hari ini saya perlu tegas sebab dia sudah memfitnah saya,” katanya.
Kamal, dalam prosiding mahkamah pagi tadi menolak untuk melafazkan cerai selepas dinasihatkan mahkamah untuk berbuat demikian.
Susulan itu mahkamah telah melanjutkan proses perceraian pasangan selebriti itu kepada prosiding hakam dengan lantikan (hakam) akan ditetapkan pada 12 Januari 2026.
Uqasha pada Oktober lepas, memfailkan cerai terhadap Kamal atas alasan tiada persefahaman dan berlaku pergolakan rumah tangga.
Pasangan itu sah bergelar suami isteri pada 5 November 2021 dalam majlis yang diadakan di Janda Baik, Pahang. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira. – UTUSAN
Tunjuk bukti yang saya pukul dia – Kamal Adli
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rombakan Kabinet: Ketelusan Pelantikan Penting Demi Keyakinan Rakyat – Shaiful Hazizy
- UMNO Sabah Kenal Pasti Empat Bakal Calon PRK Kinabatangan, DUN Lamag
- Rombakan Kabinet: Portfolio BN ‘Daya Sentuh’ Tinggi Terhadap Ekonomi Rakyat – Penganalisis
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tahniah Menteri WP Baharu, Mohd Rafi Harap Labuan Diangkat Semula Agar Tidak Ketinggalan
You must be logged in to post a comment.