Mayat ditemui di belakang rumah pusaka, dipercayai individu hilang

Mayat ditemui di belakang rumah pusaka, dipercayai individu hilang

Mayat seorang individu tanpa identiti ditemukan di belakang sebuah rumah pusaka di Kampung Batu
Mayat seorang individu tanpa identiti ditemukan di belakang sebuah rumah pusaka di Kampung Batu

REMBAU – Mayat seorang individu tanpa identiti ditemukan di belakang sebuah rumah pusaka di Kampung Batu 4, di sini, pada Khamis.

Difahamkan, penemuan mayat berkenaan mempunyai kaitan dengan laporan orang hilang yang diterima pihak polis baru-baru ini.

Bagaimanapun, kejadian sebenar masih belum dapat dipastikan setakat ini.

Lokasi penemuan satu mayat individu tanpa identiti

Mayat ditemui di belakang rumah pusaka, dipercayai individu hilang
Lokasi penemuan satu mayat individu tanpa identiti

Wartawan Sinar Harian yang berada di lokasi pada jam 11.46 pagi mendapati, pasukan polis bersama Unit Forensik Polis sedang menjalankan siasatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bersama BN Jaga Disiplin, Mahu Keluar Jangan Berselindung… – Manndzri


Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Idzam Jaafar dan Ketua Polis Daerah Rembau, Superitenden Hasani Hussain turut kelihatan berada di lokasi.

Idzam yang ditemui pemberita memaklumkan akan memberi maklumat lanjut sebaik saja siasatan lanjut dilakukan.

Pada jam 11.59 pagi, polis dilihat mengusung satu mayat yang dibalut dengan plastik hitam untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, salah seorang wanita berusia 31 tahun yang merupakan salah seorang anak pemilik rumah berkenaan berkata, rumah tersebut sudah tidak berpenghuni sejak dua tahun lalu dan mereka hanya pulang sesekali untuk mengambil barang serta membersihkan kawasan rumah.

Mayat ditemui di belakang rumah pusaka, dipercayai individu hilang
Mayat ditemui dibawa ke Hospital Rembau untuk tindakan lanjut

“Masa itu saya tidak tahu lagi kenapa polis mahu buat pemeriksaan. Kemudian dalam jam 7 pagi, ibu saudara hubungi sekali lagi nak minta kunci rumah dan adik saya pergi serahkannya,” katanya.

Jelas anak ketujuh daripada 10 beradik berkenaan, dia hanya mengetahui ada mayat ditemui di belakang rumah peninggalan arwah ibunya itu sebaik sampai di rumah terbabit sekitar jam 9 pagi.

Tambahnya, kali terakhir dia datang ke rumah itu pada 4 Disember lalu selepas pulang ke Rembau untuk mengambil barang.

“Pada waktu itu memang tiada apa-apa yang curiga. Buat masa ini saya juga tidak tahu secara lanjut mengenai kes ini dan ke sini untuk menyerahkan kunci rumah kepada polis,” katanya.

Mayat seorang individu tanpa identiti ditemukan di belakang sebuah rumah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tahniah Menteri WP Baharu, Mohd Rafi Harap Labuan Diangkat Semula Agar Tidak Ketinggalan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker