Ucapan Sarah Yasmin Kepada Emma Maembong Selepa Raih Aktres TV Popular Cetus Tanda Tanya
Orang Teraniaya?
Ucapan Sarah Yasmin Kepada Emma Maembong Selepa Raih Aktres TV Popular Cetus Tanda Tanya

Siapa yang tak kenal Fatimah Rohani Ismail atau dikenali sebagai Emma Maembong, pelakon popular yang namanya memang tak pernah sunyi daripada perhatian peminat drama tempatan. Lakonannya yang penuh emosi dan mudah sampai ke hati penonton akhirnya dibalas dengan satu detik manis apabila Emma diumumkan sebagai pemenang Anugerah Aktres TV Popular di sebuah acara anugerah berdasarkan undian peminat.
Kemenangan itu bukan saja jadi satu pengiktirafan besar buat bakatnya, malah seolah-olah melengkapkan perjalanan seni yang penuh cabaran dan pengorbanan selama ini.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Emma meluahkan rasa syukur dan terharu atas sokongan padu daripada para peminat yang tak pernah jemu mengundi dan sentiasa ada di belakangnya. Mengakui air mata mengalir tanpa sedar, Emma berkata kemenangan tersebut sangat bermakna buat dirinya kerana terasa seperti segala usaha, penat lelah dan kesabaran selama ini akhirnya berbaloi.
Menurut Emma, tahun 2025 antara tahun paling mencabar dalam hidupnya. Banyak perkara yang dilalui, namun dia tidak sangka penghujung tahun tersebut hadir dengan hadiah yang cukup indah daripada Allah S.W.T. Luahan jujur itu jelas memperlihatkan sisi sebenar seorang anak seni yang melalui naik turun emosi sebelum sampai ke tahap sekarang.
Dalam masa yang sama, Emma turut menzahirkan penghargaan kepada keluarga tercinta terutamanya ibu bapa, adik-beradik serta rakan-rakan rapat yang sentiasa beri sokongan tanpa henti. Katanya, doa daripada keluarga menjadi sumber kekuatan utama untuk dia terus bertahan dan beri yang terbaik dalam setiap watak yang dibawakan.
Tak lupa juga, Emma mengucapkan terima kasih khas kepada peminat setianya yang dikenali sebagai Emanizers atau The Nizers. Menganggap peminat seperti keluarga sendiri, Emma menyifatkan mereka bukan sekadar penyokong, malah insan-insan yang sentiasa memahami dan ada bersamanya waktu susah dan senang.
“Emma rasa sangat disayangi bila dengan korang. Emma tahu Emma takkan jumpa orang yang sayang seikhlas ini lagi,” luahnya di dalam kapsyen.
Kemenangan ini sekali gus mengukuhkan nama Emma Maembong sebagai antara aktres TV paling disukai ramai di Malaysia.
Ucapan Sarah Yasmin Cetus Tanda Tanya
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat Emma tampil memberikan kata-kata semangat dan ucapan tahniah buat Emma, malah rakan-rakan artis turut membanjiri ruangan tersebut dengan komen positif serta sokongan penuh atas kejayaannya. Tapi komen Sarah Yasmin mengundang persoalan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu UEC Perlu Dinilai, Tolak Sentimen Emosi Atau Perkauman – Rushamizan
- Senario MIC: Tidak Salah Kenyataan Presiden UMNO – Hafiz Ariffin
- UMNO Sabah Perkukuh Semangat Perjuangan Pasca PRU DUN Sabah – Samasuddin
Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara
“Sangat cantik dan bangga. Dah cakap dah, orang yang teranaiya itu mesti akan dapat balik 10 kali ganda dalam rezeki”- tulisnya.
Apakah yang dia cuba sampaikan?


Di akhir perkongsian, Emma turut mengajak peminat untuk sama-sama raikan kejayaan tersebut, sekali gus membuktikan hubungan erat yang terjalin antara dirinya dan peminat selama ini.
Ucapan Sarah Yasmin Kepada Emma Maembong Selepa Raih Aktres TV Popular Cetus Tanda Tanya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’
- Rombakan Kabinet: Portfolio BN ‘Daya Sentuh’ Tinggi Terhadap Ekonomi Rakyat – Penganalisis
- BN Perlu Menyerlah, Pulihkan Keyakinan Rakyat Terhadap Politik Yang Berfungsi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’
You must be logged in to post a comment.