Tahniah Menteri WP Baharu, Mohd Rafi Harap Labuan Diangkat Semula Agar Tidak Ketinggalan
Tahniah Menteri WP Baharu, Mohd Rafi Harap Labuan Diangkat Semula Agar Tidak Ketinggalan

LABUAN, 18 Dis – Wilayah Persekutuan Labuan perlu diberi perhatian yang lebih serius oleh Kerajaan Persekutuan agar martabatnya dapat diangkat semula dan tidak terus ketinggalan dalam arus pembangunan negara, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan.
Beliau berkata demikian ketika mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Hannah Yeoh atas pelantikan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), sambil berharap pelantikan tersebut menjadi titik tolak kepada nafas baharu dalam pembangunan Wilayah Persekutuan, khususnya Labuan.
“Walaupun pelantikan ini menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat, khususnya di Wilayah Persekutuan, saya selaku salah seorang pemimpin masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan menyambut baik pelantikan YB Hannah Yeoh dan berharap beliau dapat menjalankan amanah ini dengan penuh kebijaksanaan, keprihatinan serta keterbukaan terhadap suara rakyat,” katanya.
Dalam masa yang sama, Mohd Rafi turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), atas segala jasa, sumbangan dan khidmat bakti beliau sepanjang memegang amanah tersebut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuduhan ‘Mabuk Kuasa’ Tunjuk Kekecewaan Sendiri – Sollehin
- Zahari Santuni Warga Felda dan Komuniti OKU, Sampaikan Bantuan Kasih Johor
- Wanita UMNO Pasir Salak Terus Komited Turun Padang Santuni Rakyat
Bersama BN Jaga Disiplin, Mahu Keluar Jangan Berselindung… – Manndzri
“Sumbangan dan usaha Datuk Seri Dr. Zaliha dalam mengurus serta membangunkan Wilayah Persekutuan amat dihargai dan akan terus dikenang oleh rakyat,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Mohd Rafi menarik perhatian terhadap kedudukan Wilayah Persekutuan Labuan yang kini berdepan dengan pelbagai cabaran dan defisit dalam aspek ekonomi, peluang pekerjaan, pelancongan serta kesejahteraan rakyat.
Menurut beliau, Labuan yang suatu ketika dahulu terkenal sebagai Pulau Bebas Cukai dan destinasi pelancongan utama kini dilihat seolah-olah kehilangan identiti dan kelebihan tersebut.
“Daya tarikan pelancongan semakin pudar, dan Labuan seakan-akan terpinggir daripada radar pelancong tempatan serta antarabangsa. Keadaan ini memberi kesan langsung kepada ekonomi tempatan dan kehidupan rakyat,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap menteri yang baharu dapat melihat semula potensi sebenar Pulau Labuan yang sebenarnya mempunyai asas dan kekuatan kukuh untuk dibangunkan semula secara menyeluruh dan mampan.
Antara perkara utama yang wajar diberi perhatian, katanya, ialah pembangunan aktiviti hiliran sebagai pemangkin ekonomi baharu, pemerkasaan pelancongan domestik melalui penganjuran program dan acara berskala besar, serta pengukuhan ekonomi kecil dan peniaga tempatan supaya manfaat pembangunan dapat dirasai secara langsung oleh rakyat Labuan.

DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu UEC Perlu Dinilai, Tolak Sentimen Emosi Atau Perkauman – Rushamizan
- Senario MIC: Tidak Salah Kenyataan Presiden UMNO – Hafiz Ariffin
- UMNO Sabah Perkukuh Semangat Perjuangan Pasca PRU DUN Sabah – Samasuddin
Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara
“Rakyat Labuan tidak meminta yang luar biasa, sebaliknya hanya mahu peluang yang adil, perhatian yang sewajarnya dan perancangan pembangunan yang benar-benar berpaksikan keperluan setempat,” tegas beliau.
Mohd Rafi menegaskan harapan besar rakyat Labuan agar Wilayah Persekutuan ini kembali diangkat martabatnya, diberi fokus yang konsisten oleh Kerajaan Persekutuan dan tidak terus ketinggalan dalam arus pembangunan negara yang semakin pesat.
“Labuan mempunyai potensi besar untuk bangkit semula. Apa yang diperlukan adalah komitmen politik, perancangan strategik dan pelaksanaan yang berkesan demi masa depan rakyat dan generasi akan datang,” katanya lagi. – UMNO Online
Tahniah Menteri WP Baharu, Mohd Rafi Harap Labuan Diangkat Semula Agar Tidak Ketinggalan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’
- Rombakan Kabinet: Portfolio BN ‘Daya Sentuh’ Tinggi Terhadap Ekonomi Rakyat – Penganalisis
- BN Perlu Menyerlah, Pulihkan Keyakinan Rakyat Terhadap Politik Yang Berfungsi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’
You must be logged in to post a comment.