Suarez lanjut kontrak bersama Inter Miami
Suarez lanjut kontrak bersama Inter Miami

Miami: Bekas penyerang Uruguay, Luis Suarez, menandatangani kontrak baharu bersama Inter Miami bagi menghadapi musim akan datang, umum kelab Liga Bola MLS itu hari ini.
Suarez, yang bakal berusia 39 tahun Januari ini, menyertai kelab gandingan Lionel Messi itu pada 2024 sebelum membantu Inter Miami menjulang Piala MLS 2025 dan muncul juara Persidangan Timur.
Bekas bintang Barcelona, Liverpool dan Atletico Madrid itu pernah menjuarai Liga Juara-Juara, La Liga dan Piala Liga sepanjang karier cemerlangnya di Eropah.
“Suarez menandatangani kontrak baharu selepas menamatkan musim 2025 yang bersejarah, yang juga musim keduanya bersama kelab,” menurut kenyataan Inter Miami.
Pengalaman luas serta kepimpinan penyerang itu menjadi faktor penting apabila Inter Miami meraih gelaran ketiga dan keempat kelab menerusi kejayaan menjuarai Kejuaraan Persidangan Timur dan Piala MLS, selain mencatat prestasi cemerlang di pentas antarabangsa dengan kemaraan bersejarah ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia Kelab FIFA 2025 yang dijenamakan semula, serta mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Concacaf 2025.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuduhan ‘Mabuk Kuasa’ Tunjuk Kekecewaan Sendiri – Sollehin
- Zahari Santuni Warga Felda dan Komuniti OKU, Sampaikan Bantuan Kasih Johor
- Wanita UMNO Pasir Salak Terus Komited Turun Padang Santuni Rakyat
Bersama BN Jaga Disiplin, Mahu Keluar Jangan Berselindung… – Manndzri
“Suarez tampil dalam 50 perlawanan dalam semua kejohanan pada musim 2025, menjaringkan 17 gol dan mencatat 17 bantuan gol, sekali gus menyumbang keseluruhan 34 penglibatan jaringan,” katanya.
Suarez lanjut kontrak bersama Inter Miami
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’
- Rombakan Kabinet: Portfolio BN ‘Daya Sentuh’ Tinggi Terhadap Ekonomi Rakyat – Penganalisis
- BN Perlu Menyerlah, Pulihkan Keyakinan Rakyat Terhadap Politik Yang Berfungsi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’
You must be logged in to post a comment.