Rombakan Kabinet: Portfolio BN ‘Daya Sentuh’ Tinggi Terhadap Ekonomi Rakyat – Penganalisis

Rombakan Kabinet: Portfolio BN ‘Daya Sentuh’ Tinggi Terhadap Ekonomi Rakyat – Penganalisis

Rombakan Kabinet: Portfolio BN ‘Daya Sentuh’ Tinggi Terhadap Ekonomi Rakyat – Penganalisis

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Pengumuman rombakan kabinet yang berlaku pada Rabu menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) diberi ruang jelas pada portfolio yang mempunyai ‘daya sentuh’ tinggi terhadap ekonomi rakyat dan kawasan Melayu.

Ketua Penyelidik O2 Research Malaysia (O2), Anis Anwar Suhaimi berkata, penyusunan semula beberapa portfolio utama turut menjadi isyarat bahawa kerajaan mahu menstabilkan psikologi gabungan.

“Struktur kabinet baharu ini perlu dibaca bukan sekadar sebagai rombakan pentadbiran, tetapi sebagai formasi politik untuk memastikan Kerajaan Perpaduan masuk ke Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 dengan koordinasi yang lebih kemas.

“Apabila ada beberapa portfolio utama disusun semula, ia menghantar isyarat bahawa kerajaan mahu menstabilkan psikologi gabungan supaya setiap komponen tahu medan tugas dan garis tanggungjawab masing-masing.

“Dari sudut dinamika kuasa, pengimbangan yang lebih pragmatik antara parti komponen dapat dilihat. PH kekal sebagai tulang belakang naratif reform dan pentadbiran, tetapi BN diberi ruang lebih jelas pada portfolio yang mempunyai ‘daya sentuh’ tinggi terhadap ekonomi rakyat dan kawasan Melayu, termasuk jaringan luar bandar serta rantaian nilai komoditi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara


“Ini juga boleh dibaca sebagai strategi menghadapi PRU, iaitu setiap parti berpeluang ‘bermain di gelanggang sendiri’ melalui portfolio yang paling terkait dan relevan dengan demografi sasaran mereka,” katanya kepada UMNO Online.

Jelasnya, pertukaran beberapa jawatan menteri daripada UMNO/BN turut menunjukkan bahawa Perdana Menteri (PMX), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mengurus sensitiviti dalaman UMNO dengan lebih ‘institution-aware’.

“Pertukaran (menteri) ini wajar dibaca melalui lensa institusi parti dan hierarki dalaman gabungan, bukan semata-mata soal individu. Datuk Seri Johari Abdul Ghani dipindahkan ke Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), manakala Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dinaikkan sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.

“Kedua-dua langkah ini menunjukkan PMX sedang mengurus sensitiviti dalaman UMNO dengan lebih ‘institution-aware’, iaitu meletakkan tokoh yang mempunyai kedudukan dan legitimasi parti pada portfolio berisiko tinggi dan berimpak besar, supaya keputusan kementerian tidak terputus daripada disiplin serta sokongan parti di akar umbi.

 

Rombakan Kabinet: Portfolio BN ‘Daya Sentuh’ Tinggi Terhadap Ekonomi Rakyat – Penganalisis

“Dalam politik gabungan, ini juga berfungsi sebagai mekanisme ‘insurance’ kestabilan. Apabila portfolio ekonomi utama dipacu oleh figura yang diterima dalam hierarki parti, ruang sabotaj dalaman menjadi lebih sempit dan koordinasi antara kerajaan serta parti menjadi lebih lancar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RXZ Members Ride Melaka: Razak Ingatkan Jangan Hakimi Secara Menyeluruh


“Pada masa yang sama, pengekalan dan penstrukturan peranan pemimpin PH dalam portfolio strategik menunjukkan PMX tidak sekadar mengagihkan kuasa untuk memujuk rakan, tetapi menyusun semula ‘rangka kerja tadbir’ agar setiap komponen memikul tanggungjawab yang jelas dan boleh dinilai prestasinya,” katanya lagi.

Pada Selasa media melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan pelantikan anggota pentadbiran Kerajaan Madani yang baharu di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

Pelantikan itu merupakan langkah penstrukturan semula bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran serta memastikan pelaksanaan dasar kerajaan berjalan lebih berkesan. – UMNO Online

Oleh: Nuralyaa Izzati Azman

Rombakan Kabinet: Portfolio BN ‘Daya Sentuh’ Tinggi Terhadap Ekonomi Rakyat – Penganalisis

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bersama BN Jaga Disiplin, Mahu Keluar Jangan Berselindung… – Manndzri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker