Rombakan Kabinet: Ketelusan Pelantikan Penting Demi Keyakinan Rakyat – Shaiful Hazizy

Rombakan Kabinet: Ketelusan Pelantikan Penting Demi Keyakinan Rakyat – Shaiful Hazizy

Rombakan Kabinet: Ketelusan Pelantikan Penting Demi Keyakinan Rakyat – Shaiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berpandangan bahawa setiap pelantikan menteri wajar disertai penjelasan rasional kepada rakyat.

Ujarnya, perkara tersebut perlu dilakukan lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan portfolio strategik dan sensitiviti kepelbagaian masyarakat di negara ini.

 

“UMNO Kedah menghormati hak Perdana Menteri untuk membentuk barisan kabinet mengikut pertimbangan beliau demi kestabilan kerajaan dan keberkesanan pentadbiran.

“Namun dalam masa sama, UMNO Kedah berpandangan bahawa setiap pelantikan menteri wajar disertai penjelasan rasional kepada rakyat, khususnya melibatkan portfolio strategik dan sensitiviti kepelbagaian masyarakat di negara ini,” katanya menerusi satu kenyataan.

Katanya, penjelasan yang lebih menyeluruh wajar diberikan berhubung pelantikan dua Menteri Wilayah Persekutuan daripada Dap.

“Pertama, berhubung pelantikan dua Menteri Wilayah Persekutuan daripada Dap. UMNO Kedah ingin menegaskan bahawa Wilayah Persekutuan bukan sekadar pusat pentadbiran, tetapi juga lambang keseimbangan demografi, ekonomi dan sosial negara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bersama BN Jaga Disiplin, Mahu Keluar Jangan Berselindung… – Manndzri


“Oleh itu, penjelasan lebih menyeluruh wajar diberikan kepada rakyat berhubung pertimbangan kepakaran, pengalaman dan keupayaan individu yang dilantik, agar persepsi bahawa pelantikan dibuat atas faktor kaum atau politik semata-mata dapat dielakkan.

“UMNO Kedah berpendirian bahawa keutamaan harus diberikan kepada kecekapan dan keupayaan menyelesaikan isu rakyat bandar, khususnya melibatkan kos sara hidup, perumahan mampu milik dan kesejahteraan komuniti di Wilayah Persekutuan,” katanya lagi.

Tambahnya, rakyat juga berhak mengetahui rasional khusus pelantikan Marhamah Rosli, yang dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

“Kedua, mengenai pelantikan YB Marhamah, UMNO Kedah berpandangan bahawa pelantikan tokoh wanita dalam kabinet adalah satu langkah positif selaras dengan agenda pemerkasaan wanita.

“Namun demikian, rakyat berhak mengetahui rasional khusus pelantikan tersebut, termasuk sumbangan, pengalaman dan peranan strategik yang dimainkan dalam portfolio diamanahkan.

“UMNO Kedah bimbang pelantikan berdasarkan sentimen dan isu tertentu hanya bersifat jangka masa pendek dan tiada kelangsungan positif,” katanya lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara


Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa setiap pelantikan menteri kabinet harus dilihat sebagai amanah besar kepada rakyat, bukan sekadar memenuhi keperluan politik jangka pendek.

Rombakan Kabinet: Ketelusan Pelantikan Penting Demi Keyakinan Rakyat – Shaiful Hazizy

“UMNO Kedah ingin menegaskan bahawa setiap pelantikan kabinet harus dilihat sebagai amanah besar kepada rakyat, bukan sekadar memenuhi keperluan politik jangka pendek.

“Penjelasan yang telus dan matang akan membantu membina keyakinan rakyat serta mengelakkan salah faham yang boleh menjejaskan keharmonian nasional,” katanya lagi.

Pada Selasa media melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan pelantikan anggota pentadbiran Kerajaan Madani yang baharu di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

Pelantikan itu merupakan langkah penstrukturan semula bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran dan memastikan pelaksanaan dasar kerajaan berjalan lebih berkesan. – UMNO Online

 

Rombakan Kabinet: Ketelusan Pelantikan Penting Demi Keyakinan Rakyat – Shaiful Hazizy

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker