Lamborghini dengan cukai jalan RM35,760 antara kenderaan mewah disita JPJ

Lamborghini dengan cukai jalan RM35,760 antara kenderaan mewah disita JPJ

Lamborghini dengan cukai jalan RM35,760 antara kenderaan mewah disita JPJ
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli. Gambar fail

KUALA LUMPUR: Alasan ‘terlupa’ paling kerap diberikan sebahagian besar pemilik kenderaan mewah yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan serta insurans mereka tamat tempoh.

Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata alasan sedemikian sering digunakan pemilik dan pihak JPJ tidak lagi akan berkompromi dengan alasan sedemikian, sebaliknya terus dengan tindakan sitaan.

“Alasan yang paling kerap diberikan adalah terlupa. Kita tidak boleh terima alasan sedemikian atau apa juga alasan yang menyebabkan mereka culas memperbaharui LKM dan insurans kerana urusan memperbaharui dokumen itu kini sudah mudah malah boleh dibuat secara dalam talian.

“Jika sebelum ini, JPJ hanya kenakan saman RM300, mungkin kerana itulah mereka ambil remeh tanggungjawab perbaharui LKM dan insurans. “Sejak kita laksanakan Operasi Luxury (Ops Luxury), kita terus sita kenderaan dari lokasi pemeriksaan dijalankan dan dibawa ke depoh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Ops Luxury 4.0 di Depoh B Ibu Pejabat JPJ Kuala Lumpur, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bersama BN Jaga Disiplin, Mahu Keluar Jangan Berselindung… – Manndzri


Yang turut hadir, Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan.

Aedy Fadly berkata, JPJ akan terus memperkukuh pelaksanaan operasi berkenaan dan tidak lagi hanya mengeluarkan saman seperti sebelum ini.

“Kenderaan mewah yang didapati tiada insurans atau cukai jalan akan terus disita dan tidak akan dilepaskan selagi semua tunggakan serta kesalahan tidak diselesaikan.

“Pemilik tidak boleh lagi mengambil risiko memandu di jalan raya. Mereka bukan saja merisikokan nyawa mereka sendiri, malah siapa saja yang memandu kereta itu, termasuk ahli keluarga selain membahayakan pengguna lain,” katanya.

Mengulas mengenai Ops Luxury, beliau berkata sejak operasi itu dilaksanakan bermula 1 Julai lalu, pihaknya sudah menyita sebanyak 706 kenderaan mewah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara


“Operasi ini sudah masuk bilangan keempat, dan menerusi Ops Luxury 4.0 bermula 12 Disember lalu, JPJ menyita 78 kenderaan mewah pelbagai jenama dalam tempoh empat hari pelaksanaannya atas pelbagai kesalahan berkaitan dokumen dan kelayakan memandu.

“Ops Luxury 4.0 mencatat sitaan tinggi dalam tempoh singkat, dan antara kesalahan dikesan ialah tiada lesen kenderaan motor, tiada cukai jalan, tiada perlindungan insurans, lesen memandu tamat tempoh serta memandu tanpa lesen sah.

“Semakan mendapati nilai tunggakan cukai jalan tertinggi membabitkan sebuah Lamborghini Huracan yang baru disita hari ini, berjumlah RM35,760 dan sebuah Audi A8 dengan tunggakan cukai jalan RM21,710,” katanya.

Menurutnya, JPJ turut menahan sebuah kenderaan mewah jenis Audi TT yang tidak memperbaharui cukai jalan sejak 2021, selain mengesan sebuah lagi kenderaan mewah jenis BMW i7 mempamerkan nombor pendaftaran palsu.

“Kita mendapati ada pemandu menggunakan nombor pendaftaran sebuah motosikal untuk membolehkan kenderaan yang belum didaftarkan dibawa di jalan raya.

“Motif sebenar masih dalam siasatan dan tindakan lanjut akan diambil,” katanya.

Lamborghini dengan cukai jalan RM35,760 antara kenderaan mewah disita JPJ


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker