Kes tembak Durian Tunggal: AGC sokong syor PDRM
Kes tembak Durian Tunggal: AGC sokong syor PDRM

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kertas siasatan berhubung insiden tembakan membabitkan tiga lelaki di Durian Tunggal, Melaka telah dirujuk dan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, hasil penelitian, AGC bersetuju dengan syor PDRM dan menuntut supaya siasatan diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“PDRM menegaskan komitmen untuk memastikan setiap proses siasatan dilaksanakan secara telus, berintegriti dan berlandaskan undang-undang demi menjamin keadilan kepada semua pihak.
“PDRM tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku,” katanya dalam kenyataan, malam ini.
Terdahulu dilaporkan, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan siasatan kes tembakan membabitkan tiga lelaki di Durian Tunggal, Melaka, diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuduhan ‘Mabuk Kuasa’ Tunjuk Kekecewaan Sendiri – Sollehin
- Zahari Santuni Warga Felda dan Komuniti OKU, Sampaikan Bantuan Kasih Johor
- Wanita UMNO Pasir Salak Terus Komited Turun Padang Santuni Rakyat
Bersama BN Jaga Disiplin, Mahu Keluar Jangan Berselindung… – Manndzri
AGC dalam kenyataan, memaklumkan pihaknya dirujuk berhubung laporan kes tiga lelaki yang ditembak mati oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Melaka.
Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, polis akan mengemukakan laporan kes tiga lelaki ditembak mati di Melaka bulan lalu kepada Peguam Negara hari ini untuk tindakan lanjut.
Perdana Menteri berkata, pihaknya menerima jaminan daripada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, bahawa siasatan rapi dan telus diadakan tanpa ada tolak ansur.
Beliau berkata, jika wujud keterlanjuran tindakan oleh polis, siasatan rapi tetap dilakukan termasuk dalam kes yang berlaku di Melaka.
Perdana Menteri mengakui masih ada beberapa kelemahan dalam tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) namun tidak adil untuk memberi gambaran yang negatif secara keseluruhannya terhadap pihak berkuasa terbabit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu UEC Perlu Dinilai, Tolak Sentimen Emosi Atau Perkauman – Rushamizan
- Senario MIC: Tidak Salah Kenyataan Presiden UMNO – Hafiz Ariffin
- UMNO Sabah Perkukuh Semangat Perjuangan Pasca PRU DUN Sabah – Samasuddin
Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara
Pada 24 November lalu, tiga penjenayah berusia antara 24 hingga 29 tahun ditembak mati selepas seorang daripada mereka menyerang anggota polis menggunakan parang di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal.
Pada 3 Disember lalu, media melaporkan bahawa ahli keluarga tiga penjenayah terbabit menolak dakwaan ketiga-tiga suspek yang mati itu bertindak ganas dengan menyerang pihak polis.
Susulan itu, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat dakwaan ahli keluarga tiga suspek lelaki yang tidak berpuas hati dengan tindakan polis.
Kejadian tembakan berlaku sekitar jam 4.30 pagi apabila tiga lelaki berusia antara 24 hingga 29 tahun ditembak mati selepas seorang daripada mereka melibas parang terhadap seorang anggota polis di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal.
Akibat serangan itu, anggota polis berpangkat koperal berusia awal 30-an parah pada lengan kiri.
Ketiga-tiga suspek disyaki terbabit dalam 20 kes jenayah di Melaka serta masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Selangor, dengan jumlah kerugian dianggarkan berjumlah RM1.35 juta.
Kes tembak Durian Tunggal: AGC sokong syor PDRM
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’
- Rombakan Kabinet: Portfolio BN ‘Daya Sentuh’ Tinggi Terhadap Ekonomi Rakyat – Penganalisis
- BN Perlu Menyerlah, Pulihkan Keyakinan Rakyat Terhadap Politik Yang Berfungsi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’
You must be logged in to post a comment.