Kanak-kanak 5 tahun maut dilanggar ketika lintas jalan
Kanak-kanak 5 tahun maut dilanggar ketika lintas jalan

ALOR GAJAH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima maut dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika melintas jalan di Jalan Paya Mengkuang, Masjid Tanah, di sini, kira-kira jam 5.09 petang, semalam.
Muhd Iman Nazhan Jasri disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Kakak sulung mangsa, Zaidatul Amira Jasri, 18 yang juga pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alauddin Masjid Tanah berkata, masih tergiang-giang permintaan adik kelima daripada enam beradik itu untuk dibawa ke restoran makanan segera ketika cuti persekolahan ini.
“Along cuti sekolah nanti bawa Iman ke Marrybrown…
Tambahnya, ketika kejadian dia baru bangun tidur dan terdengar ahli keluarga yang lain termasuk ibunya Siti Zainab Zakaria, 38, menjerit memanggil nama arwah.
“Saya terus bangun dan berlari keluar rumah, apabila mendengar orang ramai memanggil nama Iman.
“Bila menghampiri tempat kejadian, saya sedih melihat kepala arwah berada di bawah kenderaan itu,” katanya yang turut mengakui arwah rapat dengannya.
Sementara itu, bapanya Jasri Sainal, 39, berkata, sebelum kejadian Muhd Iman sedang bermain dengan kakaknya dan beberapa lagi kanak-kanak sebayanya di hadapan rumah.
Katanya, anak kelimanya itu dipercayai mahu mengikut kakaknya berusia 11 tahun yang melintas jalan sebelum dilanggar kenderaan terbabit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu UEC Perlu Dinilai, Tolak Sentimen Emosi Atau Perkauman – Rushamizan
- Senario MIC: Tidak Salah Kenyataan Presiden UMNO – Hafiz Ariffin
- UMNO Sabah Perkukuh Semangat Perjuangan Pasca PRU DUN Sabah – Samasuddin
Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara
“Kejadian berlaku begitu pantas dan terkejut kerana anaknya itu tidak pernah bermain di jalan raya sebelum ini.
“Sedih memang sedih, dia tak pernah melintas jalan, namun itu yang berlaku,” katanya yang memaklumkan jenazah anak lelakinya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Balak.
Kanak-kanak 5 tahun maut dilanggar ketika lintas jalan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’
- Rombakan Kabinet: Portfolio BN ‘Daya Sentuh’ Tinggi Terhadap Ekonomi Rakyat – Penganalisis
- BN Perlu Menyerlah, Pulihkan Keyakinan Rakyat Terhadap Politik Yang Berfungsi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’
You must be logged in to post a comment.