‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’

‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’

‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan bahawa rakyat hari ini semakin matang dalam menilai prestasi dan pencapaian menteri dalam kerajaan.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin berkata, sokongan rakyat tidak lagi diberikan secara membuta tuli, sebaliknya bergantung kepada sejauh mana seseorang menteri menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.

“Jika menteri buat kerja dengan baik, maka rakyat akan beri sokongan dan undi pada parti. Rakyat bukan tidak pandai menilai.

“Jadi kepada menteri, tahniah sebab dilantik tapi ini bukan masa untuk bersuka ria dan buat kenyataan bodoh yang boleh menyinggung perasaan dan sensitiviti rakyat, ini masa untuk bekerja untuk rakyat.

“Dan ingat, negara ini ada undang-undang dan Perlembagaan yang perlu dipatuhi, bukan bila sudah jadi menteri semua kamu hendak langgar. Jika tidak, pasti inilah sepenggal kamu jadi menteri,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Dr Akmal berkata bahawa pelantikan menteri merupakan hak mutlak Perdana Menteri dan mencerminkan hala tuju kepimpinannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara


Menurut beliau, Perdana Menteri bebas memilih sesiapa sahaja yang dirasakan layak, termasuk individu bukan wakil rakyat, untuk menyertai Kabinet.

“Lantikan menteri ini hak perogatif Perdana Menteri. Maksudnya sesiapa yang Perdana Menteri rasa layak dan nak dilantik maka beliau boleh buat demikian termasuklah beliau boleh melantik orang bukan menjadi wakil rakyat untuk diangkat menjadi menteri

“Dengan erti kata lain, menteri yang dilantik ini adalah lambang air muka dan visi Perdana Menteri. Jadi tidak perlu nak pertikaikan siapa yang PMX nak lantik sbb itu “baju” pmx yang nak pakai untuk memimpin

“Jika menteri tidak berkualiti dan tidak boleh buat kerja,rakyat akan hukum sendiri dengan tidak berikan undi pada parti beliau. Jika sebelum jadi menteri janji bulan dan bintang,maka dah jadi menteri jangan lupa pulak janji yang dah ditaburkan dulu masa tiada jawatan,” ujar beliau.

Terdahulu pada semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan Kabinet melibatkan barisan menteri dan timbalan menteri daripada BN yang dilantik, iaitu Datuk Seri Dr Noraini Ahmad sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup (Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam), serta Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RXZ Members Ride Melaka: Razak Ingatkan Jangan Hakimi Secara Menyeluruh


Sementara itu Datuk Mohd Shahar Abdullah menerima amanah baharu sebagai Timbalan Menteri Ekonomi; Datuk Mohamad Alamin (Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi) serta Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air). – UMNO Online

‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bersama BN Jaga Disiplin, Mahu Keluar Jangan Berselindung… – Manndzri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker