BN Perlu Menyerlah, Pulihkan Keyakinan Rakyat Terhadap Politik Yang Berfungsi
BN Perlu Menyerlah, Pulihkan Keyakinan Rakyat Terhadap Politik Yang Berfungsi

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Exco Wanita UMNO Malaysia, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menyifatkan keberadaan pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan membuktikan parti ini relevan dalam mengangkat agenda rakyat dan negara.
Menurut beliau keberadaan BN dalam kerajaan hari merupakan keperluan negara dalam aspek pengalaman, kestabilan dan kebijaksanaan tadbir urus.
“Dalam konteks Kerajaan Perpaduan, setiap lantikan membawa makna yang lebih besar, bukan hanya kepada parti, tetapi kepada kepercayaan rakyat terhadap kestabilan negara. BN mungkin bukan lagi parti dominan dalam Kerajaan Perpaduan, namun relevansi tidak diukur melalui jumlah kerusi semata-mata.
“Ia diukur melalui hasil kerja, keupayaan menyelesaikan masalah rakyat, dan kebolehan membawa suara sederhana yang menenangkan suasana politik negara. Inilah peluang untuk membuktikan bahawa BN bukan sekadar parti sejarah, tetapi parti yang masih mampu menyumbang secara bererti dalam landskap politik semasa,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Menurut beliau setiap menteri daripada BN perlu tampil menyerlah, bukan untuk kepentingan peribadi atau parti semata-mata, tetapi untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap politik yang berfungsi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu UEC Perlu Dinilai, Tolak Sentimen Emosi Atau Perkauman – Rushamizan
- Senario MIC: Tidak Salah Kenyataan Presiden UMNO – Hafiz Ariffin
- UMNO Sabah Perkukuh Semangat Perjuangan Pasca PRU DUN Sabah – Samasuddin
Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara
Katanya ini kerana rakyat pada masa kini tidak lagi teruja dengan retorik sebaliknya mereka menilai melalui prestasi, kecekapan dan kejujuran.
“Saya percaya, jika amanah ini digalas dengan ikhlas dan kerja yang konsisten, rakyat akan melihat bahawa BN tetap relevan sebagai rakan kerajaan yang matang, berpengalaman dan berjiwa besar. Politik hari ini menuntut kerendahan hati untuk bekerjasama, dan ketegasan untuk mempertahankan prinsip demi kepentingan negara.
“Semoga setiap lantikan menjadi cerminan nilai amanah, dan setiap keputusan yang dibuat membawa manfaat kepada rakyat. Itulah harapan saya sebagai seorang penyokong BN dan sebagai rakyat Malaysia yang mahukan negara ini terus stabil dan bergerak ke hadapan,” ujar beliau.
Terdahulu pada semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan Kabinet melibatkan barisan menteri dan timbalan menteri daripada BN yang dilantik, iaitu Datuk Seri Dr Noraini Ahmad sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup (Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam), serta Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Johor Cabar Isu UEC Diselesaikan Melalui Kehakiman
- KePKAS Sambut Baik Belanjawan Sabah 2026 – Jafry
- Melaka Salur RM300,000 Kepada IPK, Prihatin Kebajikan Warga PDRM – Ab Rauf
RXZ Members Ride Melaka: Razak Ingatkan Jangan Hakimi Secara Menyeluruh
Sementara itu Datuk Mohd Shahar Abdullah menerima amanah baharu sebagai Timbalan Menteri Ekonomi; Datuk Mohamad Alamin (Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi) serta Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air). – UMNO Online
BN Perlu Menyerlah, Pulihkan Keyakinan Rakyat Terhadap Politik Yang Berfungsi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuduhan ‘Mabuk Kuasa’ Tunjuk Kekecewaan Sendiri – Sollehin
- Zahari Santuni Warga Felda dan Komuniti OKU, Sampaikan Bantuan Kasih Johor
- Wanita UMNO Pasir Salak Terus Komited Turun Padang Santuni Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bersama BN Jaga Disiplin, Mahu Keluar Jangan Berselindung… – Manndzri
You must be logged in to post a comment.