Banjir: Hampir 5,000 berlindung di PPS, di enam negeri

Banjir: Hampir 5,000 berlindung di PPS, di enam negeri

Banjir: Hampir 5,000 berlindung di PPS, di enam negeri
Sebahagian penduduk yang terjejas akibat banjir berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sri Damai, Kuantan, sejak semalam. – Foto NSTP/MUHAMMAD DELIMA ATAN

KUALA LUMPUR: Seramai 4,799 mangsa membabitkan 1,523 keluarga berlindung di 60 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri di seluruh negara, setakat kira-kira jam 5 petang tadi.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM), angka itu membabitkan 1,478 lelaki, diikuti 1,550 wanita; kanak-kanak (1,596); bayi (175); warga emas (410) dan orang kurang upaya (142).

PPS paling banyak beroperasi direkodkan di Pahang, membabitkan 50 fasiliti di lima daerah, diikut empat PPS dibuka di satu daerah dekat Terengganu.

Ia membabitkan stesen Empangan Chereh, Sungai Belat, Sungai Kenau, Sungai Soi, Sungai Lepar dan Sungai Kuantan di Kuantan, diikuti di Sungai Mentiga, Pekan serta Kampung Sungai Puteri, Rompin, Pahang.

Selain itu, stesen Long Teru dan Marudi, Miri dekat Sarawak; Sungai Kemaman, Sungai Kemaman (F2), Sungai Dungun dan Sungai Tebak, Terengganu serta Sungai Slim, Muallim di Perak.

Portal sama turut merekodkan aras air di 14 stesen dekat Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Pahang berada pada tahap amaran.

Ini membabitkan stesen Sungai Gemas, Negeri Sembilan; Sungai Lenik, Sungai Muar dan Sungai Segamat, Johor; Sungai Kelantan dan Sungai Sokor, Kelantan serta Kampung Entingan, Sarawak.

Selain itu, stesen Sungai Besut, Sungai Kemaman dan Sungai Terasat, Terengganu serta Sungai Kuantan, Sungai Tembeling, Jam Chegar Perah dan Sungai Pahang,

Banjir: Hampir 5,000 berlindung di PPS, di enam negeri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker