AFCON jejas kekuatan beberapa kelab EPL
AFCON jejas kekuatan beberapa kelab EPL

Manchester, United Kingdom: Pasukan Liga Perdana Inggeris sedang (EPL) bersiap sedia menghadapi tempoh paling padat musim ini sepanjang musim perayaan, namun bakal terjejas akibat Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).
Kejohanan anjuran Maghribi itu berlangsung dari 21 Disember hingga 18 Januari, bermakna kelab-kelab boleh kehilangan bintang Afrika mereka sehingga enam perlawanan liga serta pusingan ketiga Piala FA.
Bagaimanapun, gangguan yang menjejaskan sesetengah pasukan itu mungkin memberi peluang kepada yang lain, dengan pendahulu liga Arsenal antara enam kelab yang tidak kehilangan sebarang pemain.
Mohamed Salah antara nama terbesar EPL yang akan beraksi di Maghribi, namun ketiadaannya mungkin tidak memberi kesan sebesar edisi AFCON terdahulu kepada Liverpool.
Pemain Mesir itu memberi bayangan kemenangan ke atas Brighton hujung minggu lalu mungkin perlawanan terakhirnya bersama The Reds selepas luahan emosi yang menyasarkan pengurus Arne Slot.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’
- Rombakan Kabinet: Portfolio BN ‘Daya Sentuh’ Tinggi Terhadap Ekonomi Rakyat – Penganalisis
- BN Perlu Menyerlah, Pulihkan Keyakinan Rakyat Terhadap Politik Yang Berfungsi
‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’
Salah tidak tersenarai dalam barisan kesebelasan daripada lima perlawanan terakhir Liverpool, namun hubungan yang tegang berjaya diperbaiki tepat pada masanya untuk beliau beraksi hampir sepanjang perlawanan menentang Brighton dan menerima sambutan wira di Anfield.
Pemain berusia 33 tahun itu akan disertai Omar Marmoush dari Manchester City ketika Mesir, juara tujuh kali, berusaha menamatkan penantian sejak 2010 untuk menjulang trofi.
Bryan Mbeumo pula akan mengetuai cabaran Cameroon bagi memburu gelaran keenam, selepas permulaan cemerlang dalam kerjayanya bersama Manchester United.
Crystal Palace dan Everton akan kehilangan khidmat duo Senegal, Ismaila Sarr dan Iliman Ndiaye.
Namun begitu, pemain Afrika dengan jaringan terbanyak di EPL musim ini, Antoine Semenyo dari Bournemouth, tidak akan berlepas kerana Ghana gagal melayakkan diri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuduhan ‘Mabuk Kuasa’ Tunjuk Kekecewaan Sendiri – Sollehin
- Zahari Santuni Warga Felda dan Komuniti OKU, Sampaikan Bantuan Kasih Johor
- Wanita UMNO Pasir Salak Terus Komited Turun Padang Santuni Rakyat
Bersama BN Jaga Disiplin, Mahu Keluar Jangan Berselindung… – Manndzri
Sementara itu, Sunderland yang mencatat permulaan terbaik oleh pasukan yang naik ke EPL dalam hampir 20 tahun, dijangka paling terkesan sepanjang sebulan akan datang.
The Black Cats bakal kehilangan pemain sayap Chemsdine Talbi (Maghribi) dan Bertrand Traore (Burkina Faso), pemain pertahanan Reinildo (Mozambique), pemain tengah Senegal Habib Diarra serta dua pemain Republik Demokratik Congo, Arthur Masuaku dan Noah Sadiki.
Pasukan kendalian Regis Le Bris masih belum tewas di Stadium of Light musim ini, dan kesan kekurangan pemain Sunderland boleh mempengaruhi perebutan kejuaraan apabila mereka menjadi tuan rumah kepada Manchester City yang berada di tempat kedua pada 1 Januari.
Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, juga berdepan perubahan besar di bahagian kanan serangan ketika Red Devils mula menunjukkan peningkatan dalam permainan menyerang.
Selain Mbeumo, Amad Diallo akan menyertai skuad Ivory Coast, manakala pemain pertahanan Noussair Mazraoui dijangka mara jauh bersama tuan rumah dan pasukan pilihan, Maghribi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu UEC Perlu Dinilai, Tolak Sentimen Emosi Atau Perkauman – Rushamizan
- Senario MIC: Tidak Salah Kenyataan Presiden UMNO – Hafiz Ariffin
- UMNO Sabah Perkukuh Semangat Perjuangan Pasca PRU DUN Sabah – Samasuddin
Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara
Fulham juga akan tanpa tiga pemain daripada trio Nigeria: Alex Iwobi, Calvin Bassey dan Samuel Chukwueze manakala enam kelab yang tidak kehilangan sebarang pemain ialah Arsenal, Aston Villa, Bournemouth, Chelsea, Leeds dan Newcastle.
AFCON jejas kekuatan beberapa kelab EPL
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rombakan Kabinet: Ketelusan Pelantikan Penting Demi Keyakinan Rakyat – Shaiful Hazizy
- UMNO Sabah Kenal Pasti Empat Bakal Calon PRK Kinabatangan, DUN Lamag
- Rombakan Kabinet: Portfolio BN ‘Daya Sentuh’ Tinggi Terhadap Ekonomi Rakyat – Penganalisis
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tahniah Menteri WP Baharu, Mohd Rafi Harap Labuan Diangkat Semula Agar Tidak Ketinggalan
You must be logged in to post a comment.