9 kakitangan KKM terperangkap banjir ketika bertugas diselamatkan
9 kakitangan KKM terperangkap banjir ketika bertugas diselamatkan

Mersing : Sembilan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang terperangkap di Kampung Orang Asli Peta, di sini, selepas laluan keluar dari kawasan itu terputus akibat banjir, berjaya diselamatkan hari ini.
Jalan keluar daripada kampung terbabit terputus selepas hujan berterusan lebih dua jam menyebabkan kawasan rendah dinaiki air, jam 9.30 pagi.
Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Mersing, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Mersing berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kejadian itu daripada Pegawai Kesihatan Daerah Mersing, jam 9.40 pagi.
“Terdapat sembilan kakitangan KKM terputus hubungan ketika dalam perjalanan pulang ke daerah Mersing selepas tugasan di kampung berkenaan.
“Pada jam 11 pagi, Pegawai Zon Perkampungan Orang Asli mengadakan perbincangan dan bersetuju supaya APM Mersing menjalankan operasi terbabit.
“Pada jam 2.02 petang, APM Mersing ke perkampungan Orang Asli Peta dengan kekuatan lima anggota bagi membawa keluar kakitangan yang terkandas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuduhan ‘Mabuk Kuasa’ Tunjuk Kekecewaan Sendiri – Sollehin
- Zahari Santuni Warga Felda dan Komuniti OKU, Sampaikan Bantuan Kasih Johor
- Wanita UMNO Pasir Salak Terus Komited Turun Padang Santuni Rakyat
Bersama BN Jaga Disiplin, Mahu Keluar Jangan Berselindung… – Manndzri
Menurutnya, APM Mersing berjaya membawa keluar tujuh kakitangan terbabit dengan selamat, manakala dua lagi tinggal kembali ke perkampungan bagi tujuan penjagaan aset jabatan (kereta).
Katanya, setakat malam tadi, kawasan terputus perhubungan jalan masih dinaiki air dan keadaan semasa cuaca masih hujan.
9 kakitangan KKM terperangkap banjir ketika bertugas diselamatkan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’
- Rombakan Kabinet: Portfolio BN ‘Daya Sentuh’ Tinggi Terhadap Ekonomi Rakyat – Penganalisis
- BN Perlu Menyerlah, Pulihkan Keyakinan Rakyat Terhadap Politik Yang Berfungsi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’
You must be logged in to post a comment.