Zahari Santuni Warga Felda dan Komuniti OKU, Sampaikan Bantuan Kasih Johor
Zahari Santuni Warga Felda dan Komuniti OKU, Sampaikan Bantuan Kasih Johor

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Ketua UMNO Bahagian Segamat, Datuk Zahari Sarip terus komited turun padang ke kawasan bagi menyantuni penduduk setempat
Kali ini beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Buloh Kasap mengadakan perjumpaan dan ramah mesra bersama Ketua-ketua Blok Felda Palong Timur Segamat.
“Dalam majlis ini juga, saya menyampaikan Bantuan Kasih Johor kepada ketua-ketua blok seperti yang diumumkan YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi Menteri Besar Johor bulan lalu.
“Ia sebagai menghargai peranan mereka dalam masyarakat termasuk sebagai perantara antara peneroka dengan pihak pengurusan dan kerajaan.
“Bantuan Kasih Johor untuk Ketua-ketua Blok Felda Palong Timur 1, 2 dan 3 Segamat melibatkan penerima seramai 70 orang. Ini pertama kali ketua-ketua blok rancangan Felda menerima inisiatif seperti ini dari kerajaan negeri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UEC: Bertentangan Dengan Akta 550 Dan Tidak Selari Dengan Dasar Pendidikan Nasional – Mahdzir Khalid
- RXZ Members Ride Edition Melaka Meriah
- Kes Tuntutan Sulu: UMNO Jelas Konsisten Jadi Pembela Serangan Luar, Dalam
UEC: Jangan Jadikan Modal Politik, Hormati Suara Majoriti Rakyat- Farhan Ahmad
“Saya percaya bantuan ini sangat bermakna kepada ketua-ketua blok dan menjadi suntikan semangat kepada perkhidmatan yang lebih baik di masa akan datang, insya-allah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Untuk rekod, Zahari turut memaklumkan Johor mempunyai 73 rancangan Felda dan seramai 2,548 orang ketua blok dengan peruntukan RM1.02 juta untuk inisiatif ini.

Sementara itu menerusi perkongsian terdahulu beliau turut berbesar hati minum petang bersama keluarga penerima Bantuan Kasih Johor OKU bagi kawasan DUN Buloh Kasap.
Seramai 482 orang penerima OKU terlibat dalam program ini, dan kesempatan tersebut turut dimanfaatkan bagi menyampaikan Bantuan Kasih Johor secara langsung kepada mereka.
“Selain menyampaikan Bantuan Kasih Johor, dapat juga saya bertanya khabar dan beramah mesra bersama keluarga ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Johor Cabar Isu UEC Diselesaikan Melalui Kehakiman
- KePKAS Sambut Baik Belanjawan Sabah 2026 – Jafry
- Melaka Salur RM300,000 Kepada IPK, Prihatin Kebajikan Warga PDRM – Ab Rauf
RXZ Members Ride Melaka: Razak Ingatkan Jangan Hakimi Secara Menyeluruh
“Saya doakan semua ahli keluarga diberikan kekuatan menempuh kehidupan yang mencabar. Semoga anda semua dikurniakan kesejahteraan dunia akhirat,” ujar beliau. – UMNO Online
Zahari Santuni Warga Felda dan Komuniti OKU, Sampaikan Bantuan Kasih Johor
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu UEC Perlu Dinilai, Tolak Sentimen Emosi Atau Perkauman – Rushamizan
- Senario MIC: Tidak Salah Kenyataan Presiden UMNO – Hafiz Ariffin
- UMNO Sabah Perkukuh Semangat Perjuangan Pasca PRU DUN Sabah – Samasuddin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara
You must be logged in to post a comment.