Ubaidullah idam pingat gangsa, ubati kecewa gagal ke final

Ubaidullah idam pingat gangsa, ubati kecewa gagal ke final

Ubaidullah idam pingat gangsa, ubati kecewa gagal ke final
PEMAIN negara B-23, Ubaidullah Shamsul Fazili. FOTO FB FAM

Bangkok: Tonggak pertahanan skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Ubaidullah Shamsul Fazili melaungkan azam untuk memberikan segalanya apabila Malaysia berdepan Filipina dalam penentuan pingat gangsa bola sepak lelaki Sukan Sea di Stadium Rajamangala, esok.

Mengakui perlawanan itu sebagai peluang terakhir skuad negara selepas terlepas slot final, Ubaidullah menegaskan tiada ruang untuk menoleh ke belakang susulan kekecewaan tewas tipis 0-1 kepada tuan rumah Thailand di peringkat separuh akhir, Isnin lalu.

“Sudah tentu kami kecewa. Kami bolos gol mudah,” katanya mengulas kekalahan yang menyaksikan Malaysia beraksi dengan kekurangan seorang pemain.

Bagaimanapun, pemain berusia 22 tahun itu percaya persembahan keseluruhan pasukan tetap positif, terutama apabila kebanyakan pemain masih mentah dari segi pengalaman antarabangsa.

“Secara keseluruhan, saya rasa kami bermain dengan baik walaupun kekurangan seorang pemain. Thailand pasukan berkualiti dan majoriti pemain kami masih berusia sekitar 19 atau 20 tahun. Masih banyak ruang untuk kami perbaiki kelemahan pada masa depan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara


Dengan pingat gangsa kini menjadi sasaran terakhir, Ubaidullah menegaskan skuad negara akan turun habis-habisan menentang Filipina yang dibarisi pemain berpengkalan di luar negara.

“Pingat gangsa adalah pilihan terakhir kami. Kami tiada pilihan lain dan perlu berikan segalanya,” katanya.

Menurutnya, status dan ketersediaan pemain tidak akan dijadikan alasan, sebaliknya setiap individu yang diturunkan perlu memainkan peranan sebaik mungkin.

“Kami tidak tahu keadaan pasukan sama ada ada kecederaan atau siapa yang boleh diturunkan, tetapi kami akan buat yang terbaik dengan apa yang kami ada,” katanya.

Ubaidullah turut mengakui perjalanan skuad negara ke Sukan Sea kali ini tidak mudah susulan kekangan pelepasan pemain kerana komitmen liga domestik.

Namun, dia percaya cabaran itu membentuk karakter pasukan yang sebelum ini tidak diletakkan sebagai pilihan untuk mara sejauh ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RXZ Members Ride Melaka: Razak Ingatkan Jangan Hakimi Secara Menyeluruh


“Tiada siapa menjangka kami layak ke separuh akhir. Apabila sudah sampai ke tahap itu, kami hanya cuba berikan yang terbaik,” katanya.

Malah, dia menganggap segala kekangan yang dihadapi sebagai ujian untuk membina pasukan yang lebih kuat pada masa depan.

“Walaupun ada cabaran dalam pasukan, kami anggap ini sebagai ujian untuk sesuatu yang lebih baik selepas ini,” katanya.

Ubaidullah turut mendedahkan perlawanan menentang Filipina mungkin menjadi penampilan terakhirnya di Sukan Sea berikutan ketidaktentuan status pelepasan daripada kelab.

“Saya harap dapat terus menikmati saat-saat terakhir di Sukan Sea bersama rakan sepasukan,” katanya.

Walaupun pingat gangsa tidak mampu memadam kekecewaan gagal ke final, Ubaidullah percaya ia tetap bermakna buat pasukan yang tidak diletakkan harapan tinggi sejak awal.

“Pingat adalah impian kami. Filipina bukan pasukan lemah, mereka ada pemain berkualiti yang bermain di luar negara dan mereka lawan yang sukar,” katanya.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia mara ke final Sukan Sea adalah pada edisi 2017 di Kuala Lumpur sebelum tewas 0-1 kepada Thailand, manakala pingat gangsa terakhir dimenangi pada edisi 2003 dan 2005.

Ubaidullah idam pingat gangsa, ubati kecewa gagal ke final

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bersama BN Jaga Disiplin, Mahu Keluar Jangan Berselindung… – Manndzri

 

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker