Tuduhan ‘Mabuk Kuasa’ Tunjuk Kekecewaan Sendiri – Sollehin
Tuduhan ‘Mabuk Kuasa’ Tunjuk Kekecewaan Sendiri – Sollehin

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Tindakan Pemuda MIC menuduh Pengerusi Barisan Nasional (BN) ‘mabuk kuasa’ hanyalah alasan mudah untuk menutup kekecewaan sendiri, tegas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Mohamad Sollehin Mohamad Tajie.
Menerusi dalam satu kenyataan di Facebooknya, beliau menjelaskan keputusan BN menyertai Kerajaan Perpaduan adalah semata-mata demi kestabilan negara, dan bukannya kerana gilakan jawatan mahupun kuasa.
“Pemuda MIC wajar mengimbas sejarah sebelum terlalu lantang. Sejak sekian lama, MIC bertanding di banyak kerusi majoriti Melayu dengan sokongan penuh jentera UMNO di peringkat akar umbi.
“Itu fakta, bukan emosi… kesetiaan bukan tiket automatik untuk kuasa, dan sejarah tidak boleh dijadikan alasan untuk bersikap angkuh.
“Jika benar setia, mengapa dibawa budaya ugutan politik? Sekejap mahu keluar BN, kemudian ditangguhkan pula. Sikap tarik tali seperti ini hanya mencerminkan ketidaktentuan dan tidak ada prinsip,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UEC: Bertentangan Dengan Akta 550 Dan Tidak Selari Dengan Dasar Pendidikan Nasional – Mahdzir Khalid
- RXZ Members Ride Edition Melaka Meriah
- Kes Tuntutan Sulu: UMNO Jelas Konsisten Jadi Pembela Serangan Luar, Dalam
UEC: Jangan Jadikan Modal Politik, Hormati Suara Majoriti Rakyat- Farhan Ahmad
Mengulas lanjut, Sollehin yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang berkata, UMNO/BN menghormati kepimpinan parti-parti sahabat termasuk juga Presidennya dan tidak pernah menyerang serangan peribadi.
“UMNO setakat ini masih memilih beradab. Kami tidak menyentuh Presiden MIC dan menghormati kepimpinan parti sahabat, namun jangan disalah tafsir sebagai kelemahan. Jika serangan peribadi berterusan, Pemuda UMNO tidak akan berdiam diri mempertahankan maruah parti dan kepimpinan BN.
“BN bukan platform ugutan keluar masuk sesuka hati. Rakyat sedang menilai siapa yang berpolitik untuk negara, dan siapa yang bermain emosi,” tegasnya.
Terdahulu, Pemuda MIC telah melemparkan tuduhan bahawa Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ‘mabuk kuasa’ ekoran teguran terhadap desas-desur MIC keluar dari BN. – UMNO Online
Tuduhan ‘Mabuk Kuasa’ Tunjuk Kekecewaan Sendiri – Sollehin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu UEC Perlu Dinilai, Tolak Sentimen Emosi Atau Perkauman – Rushamizan
- Senario MIC: Tidak Salah Kenyataan Presiden UMNO – Hafiz Ariffin
- UMNO Sabah Perkukuh Semangat Perjuangan Pasca PRU DUN Sabah – Samasuddin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara
You must be logged in to post a comment.