Rita Rudaini Bersuara Isu Suami Culas Bayar Nafkah!

“Masalah Nafkah Ni Dari Zaman Dulu Lagi..”

Rita Rudaini Bersuara Isu Suami Culas Bayar Nafkah!

Rita Rudaini Bersuara Isu Suami Culas Bayar Nafkah!

Pelakon, Rita Rudaini tampil memberikan respon terhadap isu suami yang culas dalam membayar nafkah, baru-baru ini.

Rita atau Rita Rita Rudaini Mohammad Mokhtar menerusi hantaran di Instagram Story, dilihat memuatnaik semula keratan artikel ‘bekas suami culas bayar nafkah mungkin berdepan sitaan kewangan’.

Tegas Rita, pihak terlibat seharusnya melaksanakan tindakan tersebut kerana masalah nafkah ini adalah masalah yang berlaku sejak zaman dahulu lagi, yang membuatkan para individu terlibat berani bertindak sesuka hati.

“Sila buat, jangan cakap saja, kerana masalah nafkah ni dari zaman dulu lagi.

Sebab tu arwah-arwah ni semua berani buat sesuka hati!.”-tulis Rita di Instagram Story

“Sepatutnya Pejabat Agama Jangan Bagi Nikah Lain Selagi Hutang..”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara


 

Dalam pada itu, Rita turut memohon pihak Jabatan Agama untuk tidak membenarkan mana-mana individu untuk berkahwin selagi mereka masih belum menyelesaikan nafkah terhadap bekas isteri dan anak-anak.

“Culas bayar nafkah sepatutnya Pejabat Agama jangan bagi nikah lain selagi hutang diorang kepada bekas isteri dan anak-anak tak settle.

Buat macam LHDN, tak bayar cukai, tak boleh travel luar negara. Tak bayar loan, tak boleh buat pinjaman. Gagal bayar hutang, bangkrap!

Kalau tidak, sampai kiamat pun tak settle masalah tanggungjawab ni!.”-tegas Rita

Rita Rudaini Bersuara Isu Suami Culas Bayar Nafkah!

Nafkah Anak Tanggungjawab Bapa

Bukan itu sahaja, dalam hantaran yang berlainan di Instagram Story, ibu tunggal kepada dua anak lelaki ini turut menyifatkan bahawa nafkah anak-anak tetap menjadi tanggungjawab bapa biarpun berada di bawah jagaan ibu.

“Nafkah anak tetap tanggungjawab bapa, walaupun ibu yang jaga.

Makanan, tempat tinggal, pendidikan, perubatan.”

Rita Rudaini Bersuara Isu Suami Culas Bayar Nafkah!

 

Sekadar info, Rita Rudaini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Mohd Aidil Zafuan pada 28 Februari 2008 di Songkhla Thailand sebelum sah bercerai pada September 2013.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Rita Rudaini Bersuara Isu Suami Culas Bayar Nafkah!

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bersama BN Jaga Disiplin, Mahu Keluar Jangan Berselindung… – Manndzri

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker