Reaksi Mr. E Dipuji Ibu Erra Fazira Cuit Hati Ramai [VIDEO]
“Kemain Muka Bangga, Untunglah”
Reaksi Mr. E Dipuji Ibu Erra Fazira Cuit Hati Ramai [VIDEO]
![Reaksi Mr. E Dipuji Ibu Erra Fazira Cuit Hati Ramai [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/12/9-1-1024x820-1.jpg)
Nampaknya sehingga ke hari ini, majlis perkahwinan antara Primadona Negara, Erra Fazira dan usahawan Ezwan Zain masih lagi hangat diperkatakan.
Tak dinafikan di media sosial, penuh dengan video-video pendek daripada majlis perkahwinan mereka. Dan yang paling mencuri perhatian MURAI adalah video Ezwan, atau lebih mesra disapa sebagai Mr. E, dipuji oleh ibu mertuanya sendiri.
Menerusi video tersebut, Primadona Negara memberitahu Mr. E bahawa ibunya mahu berangkat pulang. Semasa menyapa dan bersalaman, ibu Erra telah memuji penampilan menantunya dan memberitahu bahawa pasangan pengantin itu bagai pinang dibelah dua.
“Sama cantik sama terpadan, handsome menantuku. Menantu aku handsome, anak aku cantik (sambil menunjukkan tanda bagus).”
![Reaksi Mr. E Dipuji Ibu Erra Fazira Cuit Hati Ramai [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/12/6-4.jpg)
Dalam video itu, turut kedengaran kru majlis turut memuji dan mengatakan bahawa ibu Erra Fazira sangat sayangkan Mr. E sebagai menantunya.
“Alah sayangnya menantu. Menantu macam extra markah ye, hahaha.”
@helloaishhhhhhhhh Betul, sama cantik sama padan. Untung la abang dapat mak mertua macam ni. Sayang betul! @ezwanzain @Fazira Wan Chek Lawa betul pelamin @Jasamoure Wedding Concept ni!!! #erra #errafazira #erraezwan
Namun apa yang mencuit hati orang ramai adalah reaksi Mr. E yang tersipu malu semasa dipuji oleh ibu mentuanya.
“Ditatang-tatang menantu tu. Kembang semangkok member kena puji dengan ibu mentua.”
“Tang, “Alaa sayangnya menantu”, muka bangga takleh blah.”
“Time muka bangga tu, senyum sampai telinga.”
![Reaksi Mr. E Dipuji Ibu Erra Fazira Cuit Hati Ramai [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/12/7-3.jpg)
“Rasanya dia (Mr. E) pandai ambik hati sebab tu mak Erra suka. Orang tua-tua memang suka yang pandai layan diorang.”
“Menantu pandai borak dengan orang tua. Moga perkahwinan kali ini membawa ke syurga ye.”
“Saya rasa Ezwan ni menantu paling peramah dan mesra sebab tu mak Erra boleh layan macam tu.”
Untuk rekod, Primadona Negara, Erra Fazira dan usahawan Ezwan Zain mendirikan rumah tangga pada 12 Disember 2025.
Reaksi Mr. E Dipuji Ibu Erra Fazira Cuit Hati Ramai [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuduhan ‘Mabuk Kuasa’ Tunjuk Kekecewaan Sendiri – Sollehin
- Zahari Santuni Warga Felda dan Komuniti OKU, Sampaikan Bantuan Kasih Johor
- Wanita UMNO Pasir Salak Terus Komited Turun Padang Santuni Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bersama BN Jaga Disiplin, Mahu Keluar Jangan Berselindung… – Manndzri
You must be logged in to post a comment.