Rafiq mahu tuai emas kedua dalam acara berpasukan lelaki pula

Rafiq mahu tuai emas kedua dalam acara berpasukan lelaki pula

Rafiq mahu tuai emas kedua dalam acara berpasukan lelaki pula
RAFIQ (kiri). FOTO Eizairi Shamsudin

Bangkok: Selepas melepaskan geram dengan meraih pingat emas dalam acara berpasangan lelaki di Sukan Sea, semalam, sensasi boling negara, Muhammad Rafiq Ismail berharap kejayaan sama dapat diraih menerusi acara berpasukan lelaki, esok.

Berlangsung di Blu-O Rhythm & Bowl, Major Cineplex Ratchayothin semalam, Rafiq dan gandingannya, Muhammad Syazirol Shamsudin mempamer aksi cemerlang menewaskan pasangan Thailand, Lapasdanai Chusaeng-Vilinkorn Kledkaew 470-435 pada aksi final, sekali gus menghadiahkan emas pertama untuk kem boling negara.

Bagi Rafiq yang juga juara dunia 2018, kemenangan itu menebus kekecewanya dalam acara perseorangan lelaki selepas tersingkir di suku akhir.

Rafiq berkata, tumpuannnya ketika ini sememangnya terarah untuk menyambar emas acara berpasukan lelaki dan belum mempunyai perancangan lagi pada tahun depan.

“Setakat ini memang tak ada perancangan khusus untuk tahun depan, saya cuma mahu fokus kepada acara berpasukan pula.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara


“Memang acara bepasukan lelaki dan wanita adalah sasaran utama kami dan harap dapat bawa pulang pingat emas,” katanya.

Sementara itu, Syazirol mengakui Rafiq banyak membantunya untuk lebih tenang ketika beraksi dalam acara berpasangan lelaki, semalam.

“Saya sebenarnya rasa berdebar sebab digandingkan dengan antara pemain terbaik di Asia.

“Semangat Rafiq sangat tinggi, tak pernah rasa ‘down’. Dia sentiasa bagi saya semangat walaupun saya ada masalah ketika beraksi. Bagi saya, dia adalah contoh rakan sepasukan yang baik,” katanya.

Sebelum hadir ke Sukan Sea, Rafiq serta Syazirol cemerlang di Kejohanan Boling Dunia di Hong Kong apabila meraih gangsa dalam acara berpasangan lelaki.

Rafiq mahu tuai emas kedua dalam acara berpasukan lelaki pula

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bersama BN Jaga Disiplin, Mahu Keluar Jangan Berselindung… – Manndzri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker