Penduduk berang terbalikkan lori balak haram
Penduduk berang terbalikkan lori balak haram

JAKARTA – Sebuah lori balak diserbu lalu diterbalikkan orang ramai yang berang melihat kegiatan pembalakan terus berlaku meskipun selepas banjir besar melanda pulau Sumatera, lapor laman berita Jawa Pos hari ini.
Dalam sebuah video yang dikongsikan di laman Instagram, lori itu melalui satu kawasan yang terjejas banjir baru-baru ini sambil membawa muatan kayu balak.
Orang ramai kemudian menyerbunya lalu menterbalikkan lori tersebut.
Tidak dinyatakan tindakan ke atas pemandu lori selepas kejadian itu, namun video tersebut mencetuskan kemarahan ramai memandangkan aktiviti pembalakan haram dikatakan menjadi salah satu punca bencana itu baru-baru ini.
“Bagaimana aktiviti penebangan pokok secara haram di negara ini berlaku dengan berleluasa? Adakah Kementerian Perhutanan tidak memantaunya?” kata seorang netizen.
“Anda berhak melakukannya (menterbalikkan lori) kerana mereka langsung tidak peduli bagaimana rumah dan harta benda anda semua musnah disebabkan banjir,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
Penduduk berang terbalikkan lori balak haram
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuduhan ‘Mabuk Kuasa’ Tunjuk Kekecewaan Sendiri – Sollehin
- Zahari Santuni Warga Felda dan Komuniti OKU, Sampaikan Bantuan Kasih Johor
- Wanita UMNO Pasir Salak Terus Komited Turun Padang Santuni Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bersama BN Jaga Disiplin, Mahu Keluar Jangan Berselindung… – Manndzri
You must be logged in to post a comment.