Mahkamah arah PSG bayar tunggakan gaji Mbappe berjumlah RM285.9 juta
Mahkamah arah PSG bayar tunggakan gaji Mbappe berjumlah RM285.9 juta

Paris: Sebuah mahkamah di Paris memutuskan awal pagi tadi bahawa Paris Saint-Germain (PSG) perlu membayar lebih AS$70 juta (RM285.9 juta) sebagai tunggakan gaji kepada bekas bintang mereka, Kylian Mbappe.
Mbappe, 26, yang menjaringkan rekod kelab 256 gol sepanjang tujuh tahun bersama PSG, meninggalkan kelab itu pada Mei 2024 sebelum menyertai Real Madrid secara perpindahan percuma.
Kapten pasukan kebangsaan Perancis itu sejak itu terlibat dalam pertikaian undang-undang dengan juara Eropah berhubung dakwaan gaji yang tidak dibayar.
Pertikaian itu berpunca daripada apa yang digelar sebagai “perjanjian gentleman” yang didakwa dipersetujui Mbappe bersama PSG pada Ogos 2023.
Ia susulan surat yang dihantar Mbappe kepada kelab itu dua bulan sebelum itu, memaklumkan bahawa dia tidak berhasrat menggunakan opsyen lanjutan kontrak selama setahun hingga Jun 2025.
Menurut PSG, dua pilihan yang terkandung dalam perjanjian tersebut ialah Mbappe melanjutkan kontraknya sehingga Jun 2025 supaya kelab boleh memperoleh yuran perpindahan, atau Mbappe memulangkan sejumlah wang kepada kelab bagi mengurangkan kerugian kewangan akibat kehilangannya secara percuma.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu UEC Perlu Dinilai, Tolak Sentimen Emosi Atau Perkauman – Rushamizan
- Senario MIC: Tidak Salah Kenyataan Presiden UMNO – Hafiz Ariffin
- UMNO Sabah Perkukuh Semangat Perjuangan Pasca PRU DUN Sabah – Samasuddin
Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara
Bagaimanapun, peguam Mbappe menegaskan tiada bukti kukuh menunjukkan perjanjian itu pernah wujud.
Tiga hari selepas Mbappe menyertai Real Madrid, PSG mengumumkan bahawa mereka melaksanakan pilihan kedua perjanjian berkenaan, sekali gus mencetuskan pertikaian yang berlarutan hampir dua tahun.
Kedua-dua pihak tampil di hadapan Conseil de prud’hommes de Paris bulan lalu, dengan Mbappe menuntut hampir AS$310 juta (RM1.2 bilion) sebagai keseluruhan tunggakan gaji, manakala PSG mengemukakan tuntutan balas sebanyak AS$518 juta (RM2.1 bilion) sebagai ganti rugi.
Walaupun mahkamah tidak meluluskan keseluruhan tuntutan Mbappe termasuk dakwaan gangguan psikologi, ia memutuskan bahawa pemain itu berhak menerima gaji bagi tiga bulan terakhir sebelum perpindahannya ke Real Madrid, selain bonus etika dan bonus menandatangani kontrak.
Mahkamah menolak semua tuntutan PSG dan mengarahkan kelab itu membayar RM285.9 juta kepada Mbappe.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Johor Cabar Isu UEC Diselesaikan Melalui Kehakiman
- KePKAS Sambut Baik Belanjawan Sabah 2026 – Jafry
- Melaka Salur RM300,000 Kepada IPK, Prihatin Kebajikan Warga PDRM – Ab Rauf
RXZ Members Ride Melaka: Razak Ingatkan Jangan Hakimi Secara Menyeluruh
Dalam satu kenyataan, pasukan guaman Mbappe berkata keputusan itu mengesahkan bahawa semua komitmen yang dimeterai perlu dihormati serta menegaskan undang-undang pekerjaan terpakai kepada semua pihak, termasuk dalam industri bola sepak profesional.
PSG dalam kenyataannya pula memaklumkan mereka menerima keputusan mahkamah itu namun akan mempertimbangkan untuk membuat rayuan.
“Paris Saint-Germain mengambil maklum keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Buruh Paris dan akan melaksanakannya, sambil mengekalkan hak untuk merayu.
“Kelab sentiasa bertindak dengan niat baik dan berintegriti, dan akan terus berbuat demikian. PSG kini memandang ke hadapan dengan fokus kepada perpaduan dan kejayaan kolektif, serta mendoakan yang terbaik buat pemain itu dalam baki kariernya,” kata kenyataan tersebut.
Mahkamah arah PSG bayar tunggakan gaji Mbappe berjumlah RM285.9 juta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuduhan ‘Mabuk Kuasa’ Tunjuk Kekecewaan Sendiri – Sollehin
- Zahari Santuni Warga Felda dan Komuniti OKU, Sampaikan Bantuan Kasih Johor
- Wanita UMNO Pasir Salak Terus Komited Turun Padang Santuni Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bersama BN Jaga Disiplin, Mahu Keluar Jangan Berselindung… – Manndzri
You must be logged in to post a comment.