Lelaki direman seminggu bantu siasatan kes warga tempatan ditembak ketika cari petai
Lelaki direman seminggu bantu siasatan kes warga tempatan ditembak ketika cari petai

KUALA PILAH: Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes warga tempatan dipercayai ditembak ketika mencari petai di kawasan hutan Kampung Maasop, Senaling di sini 12 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Muhamad Mustafah Hussin berkata perintah reman ke atas suspek berusia 40-an itu bermula semalam.
Katanya, lelaki itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah pada Ahad hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.
“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai terlibat secara langsung dalam kejadian berkenaan. Pihak polis turut merampas beberapa barangan yang mempunyai kaitan dengan kes itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 12 Disember lepas, seorang lelaki dilaporkan cedera dipercayai ditembak individu tidak dikenali semasa mencari petai di kawasan hutan Kampung Maasop, Senaling.
– BERNAMA
Lelaki direman seminggu bantu siasatan kes warga tempatan ditembak ketika cari petai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuduhan ‘Mabuk Kuasa’ Tunjuk Kekecewaan Sendiri – Sollehin
- Zahari Santuni Warga Felda dan Komuniti OKU, Sampaikan Bantuan Kasih Johor
- Wanita UMNO Pasir Salak Terus Komited Turun Padang Santuni Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bersama BN Jaga Disiplin, Mahu Keluar Jangan Berselindung… – Manndzri
You must be logged in to post a comment.