Bersama BN Jaga Disiplin, Mahu Keluar Jangan Berselindung… – Manndzri
Bersama BN Jaga Disiplin, Mahu Keluar Jangan Berselindung… – Manndzri

TENGGARA, 16 Dis – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib, membidas kenyataan Pemuda MIC yang menuduh Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebagai ‘mabuk kuasa’, sambil menyifatkan tuduhan tersebut sebagai biadap, tidak beradab dan langsung tidak mencerminkan semangat bermasyarakat dalam negara.
Menurut Manndzri, selaku Pengerusi BN, Ahmad Zahid mempunyai kuasa dan tanggungjawab penuh untuk menegur mana-mana parti komponen, termasuk MIC, khususnya apabila timbul desas-desus kononnya parti itu sedang mempertimbangkan untuk keluar daripada BN.
“Sebagai Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid bukan sahaja berhak, malah wajib membuat teguran demi memastikan kestabilan dan hala tuju gabungan. Menuduh beliau ‘mabuk kuasa’ adalah satu kenyataan melampau dan tidak berasas,” tegasnya.
Manndzri turut menyelar sikap Pemuda MIC yang disifatkannya melampaui batas dan tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah gabungan politik yang dibina atas dasar hormat-menghormati.
“Tindakan Pemuda MIC itu jelas biadap. Mereka sepatutnya memohon maaf secara terbuka, dan kepimpinan tertinggi MIC perlu segera menegur kelakuan tidak sopan anggota mereka.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UEC: Bertentangan Dengan Akta 550 Dan Tidak Selari Dengan Dasar Pendidikan Nasional – Mahdzir Khalid
- RXZ Members Ride Edition Melaka Meriah
- Kes Tuntutan Sulu: UMNO Jelas Konsisten Jadi Pembela Serangan Luar, Dalam
UEC: Jangan Jadikan Modal Politik, Hormati Suara Majoriti Rakyat- Farhan Ahmad
“Kita tidak boleh biarkan hal sedemikian menjadi budaya dan kegagalan kepimpinan MIC menegur kenyataan tersebut hanya membawa satu makna iaitu mereka bersetuju secara senyap dengan tuduhan bahawa Pengerusi BN ‘mabuk kuasa’.
“Kalau pimpinan tertinggi MIC berdiam diri, itu bermaksud mereka merestui kenyataan tersebut. Jangan berselindung di sebalik diam. Dalam politik, diam itu juga satu pendirian,” ujarnya.
Mengulas isu sebenar yang dibangkitkan, Manndzri menegaskan bahawa persoalan utama adalah sama ada MIC benar-benar mahu keluar daripada BN atau tidak, bukannya memanipulasikan keadaan sehingga mengeruhkan hubungan dalam gabungan.
“Isunya mudah. Kalau masih bersama BN, jagalah semangat kebersamaan dan disiplin gabungan. Kalau sudah tidak sehaluan dan mahu keluar, nyatakan secara berterus terang. Tak salah berpatah arang, tetapi jangan bermain tarik tali,” katanya.
Manndzri turut mengingatkan MIC agar bersikap berani dan bertanggungjawab terhadap setiap keputusan yang dibuat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Johor Cabar Isu UEC Diselesaikan Melalui Kehakiman
- KePKAS Sambut Baik Belanjawan Sabah 2026 – Jafry
- Melaka Salur RM300,000 Kepada IPK, Prihatin Kebajikan Warga PDRM – Ab Rauf
RXZ Members Ride Melaka: Razak Ingatkan Jangan Hakimi Secara Menyeluruh
“BN juga mempunyai Dewan Tertinggi yang menjadi tempat semua perkara utama dibincang dan diputuskan. Dalam apa juga keadaan termasuk suasana kekalahan, Datuk Seri Ahmad Zahid telah melakukan yang terbaik demi memastikan BN dapat kembali menginduk, pulih dan terus berbakti kepada rakyat. Ini semua bukan kerana ‘mabuk kuasa’, tetapi demi kelangsungan dan masa depan parti termasuk anggota kompenan BN.
“Berani buat, beranilah tanggung akibat. Jangan lupa pepatah lama – tangan yang mencincang, bahu yang memikul. Politik bukan medan emosi, tetapi medan prinsip dan tanggungjawab.”
Tegas Manndzri lagi, semua parti komponen BN mempunyai tanggungjawab kolektif dan perlu menghormati struktur kepimpinan, menjaga adab politik serta tidak menggadaikan kestabilan gabungan demi kepentingan sempit atau kenyataan populis. – UMNO Online
Bersama BN Jaga Disiplin, Mahu Keluar Jangan Berselindung… – Manndzri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu UEC Perlu Dinilai, Tolak Sentimen Emosi Atau Perkauman – Rushamizan
- Senario MIC: Tidak Salah Kenyataan Presiden UMNO – Hafiz Ariffin
- UMNO Sabah Perkukuh Semangat Perjuangan Pasca PRU DUN Sabah – Samasuddin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara
You must be logged in to post a comment.