Warga asing tunggang motosikal tanpa lesen maut kemalangan

Warga asing tunggang motosikal tanpa lesen maut kemalangan

Warga asing tunggang motosikal tanpa lesen maut kemalangan
Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta ketika mangsa cuba menukar lorong di Jalan Istana, Kuala Lumpur, hari ini. FOTO Ihsan Pembaca

KUALA LUMPUR: Seorang warga Myanmar maut selepas motosikal ditunggangnya tanpa lesen terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Istana, di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian berlaku kira-kira 9.14 pagi.

Beliau berkata, mangsa berusia 44 tahun disahkan maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa dari arah Lebuhraya Besraya menghala ke Pusat Bandar cuba menukar lorong ke kanan.

“Motosikal itu dilanggar sebuah kereta dipandu lelaki tempatan berusia 22 tahun yang sedang bergerak lurus di lorong berkenaan dan tidak sempat mengelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UEC: Jangan Jadikan Modal Politik, Hormati Suara Majoriti Rakyat- Farhan Ahmad


Beliau berkata, semakan mendapati warga asing itu tiada lesen memandu yang sah dan motosikal ditungganginya adalah milik individu lain yang sedang dikesan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi tindakan lanjut sementara pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.

“Pihak polis sudah mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta mengambil rakaman percakapan pemandu kereta bagi membantu siasatan lanjut. Semakan identiti dan waris mangsa turut sedang dijalankan. Saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Razif Jamaluddin di talian 0194482852,” katanya.

Warga asing tunggang motosikal tanpa lesen maut kemalangan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker