UMNO Sabah Perkukuh Semangat Perjuangan Pasca PRU DUN Sabah – Samasuddin
UMNO Sabah Perkukuh Semangat Perjuangan Pasca PRU DUN Sabah – Samasuddin

KALABAKAN, 15 Dis – UMNO Kalabakan terus memperkukuh semangat perjuangan parti apabila Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah merangkap Ketua UMNO Bahagian terbabit, Samasuddin Yusop, mengadakan perjumpaan penuh bermakna bersama ahli-ahli veteran UMNO Kalabakan selepas Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17.
Perjumpaan tersebut berlangsung dalam suasana penuh keakraban, menyaksikan para veteran UMNO berkongsi pandangan, pengalaman serta nasihat berharga hasil perjuangan panjang mereka bersama parti keramat ini.
Ujar Samasuddin, setiap pandangan dizahirkan secara telus dan beliau berlapang dada demi memastikan UMNO terus relevan, kuat dan dekat di hati rakyat.
Katanya, suara dan pengalaman para veteran merupakan tunjang penting dalam membina semula kekuatan UMNO di peringkat akar umbi.
“Kami mendengar dengan penuh rasa tanggungjawab. Setiap teguran, nasihat dan pengalaman yang dikongsikan oleh veteran UMNO ini adalah amanah besar yang akan kami jadikan panduan dalam menyusun langkah perjuangan seterusnya,” katanya kepada UMNO Online.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Tegas Tolak UEC, Tidak Selaras Dasar Negara – Hafiz Ariffin
- Isu Tuntutan Sulu: Azmi Sifatkan Azalina Menteri Bertanggungjawab, Pertahan Kedaulatan
- Kes Sulu: Hargai Usaha Kekalkan Kedaulatan, Tolak Tuntutan Tidak Berasas – Rosni Zahari
Jangan Jadikan UEC Alat Politik, Utamakan Masa Depan Anak Bangsa – Norshida
Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh jentera UMNO khususnya di Kalabakan yang kekal setia dan terus percaya kepada perjuangan parti meskipun berdepan pelbagai cabaran politik.
“Kesetiaan inilah yang menjadi nadi kekuatan UMNO. Kita mungkin diuji, tetapi kita tidak pernah tewas dalam semangat,” tegasnya.
Dalam masa sama, Samasuddin menyeru seluruh kepimpinan dan ahli UMNO parti agar bermuhasabah diri, menilai kembali setiap langkah yang telah diambil serta menyusun semula gerak kerja parti secara lebih tersusun, inklusif dan berfokus kepada keperluan rakyat.

“Ini masanya untuk kita muhasabah, perbaiki kelemahan dan bangkit dengan lebih tersusun. Amanah perjuangan ini bukan milik individu, tetapi tanggungjawab bersama,” ujarnya.
Beliau turut menzahirkan doa dan harapan agar seluruh warga UMNO terus dikurniakan kesabaran, kekuatan dan ketabahan dalam meneruskan perjuangan membela agama, bangsa dan tanah air.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UEC: Bertentangan Dengan Akta 550 Dan Tidak Selari Dengan Dasar Pendidikan Nasional – Mahdzir Khalid
- RXZ Members Ride Edition Melaka Meriah
- Kes Tuntutan Sulu: UMNO Jelas Konsisten Jadi Pembela Serangan Luar, Dalam
UEC: Jangan Jadikan Modal Politik, Hormati Suara Majoriti Rakyat- Farhan Ahmad
“Insya-Allah, dengan keikhlasan, kesatuan dan doa, UMNO akan terus bangkit sebagai wadah perjuangan rakyat,” katanya lagi.
Terdahulu, Samasuddin adalah antara kepimpinan baharu UMNO Sabah pasca PRN. Pada 10 Dis lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, memaklumkan bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah bersetuju melantik barisan kepimpinan baharu Badan Perhubungan UMNO Sabah selaras Pengerusinya, Datuk Jafry Ariffin; Timbalan Pengerusi, Datuk Mohd Hasnol Ayub sementara Setiausaha ialah Samasuddin. – UMNO Online
UMNO Sabah Perkukuh Semangat Perjuangan Pasca PRU DUN Sabah – Samasuddin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Johor Cabar Isu UEC Diselesaikan Melalui Kehakiman
- KePKAS Sambut Baik Belanjawan Sabah 2026 – Jafry
- Melaka Salur RM300,000 Kepada IPK, Prihatin Kebajikan Warga PDRM – Ab Rauf
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
RXZ Members Ride Melaka: Razak Ingatkan Jangan Hakimi Secara Menyeluruh
You must be logged in to post a comment.