Senario MIC: Tidak Salah Kenyataan Presiden UMNO – Hafiz Ariffin
Senario MIC: Tidak Salah Kenyataan Presiden UMNO – Hafiz Ariffin

KUALA LUMPUR, 15 Dis — Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin berkata keputusan MIC untuk kekal atau keluar mestilah berteraskan kompas kekuasaan.
Menurut beliau, konteks kuasa itu meliputi kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang, peranan membuat keputusan dalam koalisi politik dan akhirnya adalah penjawatan di dalam struktur kerajaan.
“Semestinya itulah yang menjadi pertimbangan untuk MIC buat bahkan mana-mana parti pun akan ke arah ini,” katanya.
Hafiz seterusnya berkata apabila Mesyuarat Agung MIC tempoh hari membuat keputusan untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN), kemudian menangguhkan keputusan tersebut, selepas itu tular pula surat untuk “menyertai semula Perikatan Nasional (PN)”, ia merupakan satu perkara yang UMNO dan rakan-rakan BN lain terguris.
Beliau mempersoalkan mengapa begitu sekali posisi politik yang dibuat sedangkan masih ada lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen MIC yang lahir daripada kerjasama BN.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Tegas Tolak UEC, Tidak Selaras Dasar Negara – Hafiz Ariffin
- Isu Tuntutan Sulu: Azmi Sifatkan Azalina Menteri Bertanggungjawab, Pertahan Kedaulatan
- Kes Sulu: Hargai Usaha Kekalkan Kedaulatan, Tolak Tuntutan Tidak Berasas – Rosni Zahari
Jangan Jadikan UEC Alat Politik, Utamakan Masa Depan Anak Bangsa – Norshida
Hafiz berkata jika keputusan untuk tidak bersama BN dan menyertai PN semestinya ia akan melanggar Akta Lompat Parti dan boleh menyebabkan tindakan undang-undang.
“Keluar BN dan menyertai PN, namun masih menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tidak ke pening pendirian sebegini?” katanya.
Sehubungan itu, Hafiz berkata tidak salahlah kenyataan Presiden UMNO.
Beliau turut mengemukakan soalan kepada Saudara Arvind dan MIC mengenai hala tuju parti tersebut, termasuk ke mana mereka mahu pergi, mengapa masih kekal jika benar mahu pergi sekiranya setiakawan bukan lagi pegangan, dan apa yang sebenarnya dinantikan. – UMNO Online

Senario MIC: Tidak Salah Kenyataan Presiden UMNO – Hafiz Ariffin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Johor Cabar Isu UEC Diselesaikan Melalui Kehakiman
- KePKAS Sambut Baik Belanjawan Sabah 2026 – Jafry
- Melaka Salur RM300,000 Kepada IPK, Prihatin Kebajikan Warga PDRM – Ab Rauf
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
RXZ Members Ride Melaka: Razak Ingatkan Jangan Hakimi Secara Menyeluruh
You must be logged in to post a comment.