Rumah teres 3 tingkat di Kajang jadi tempat bungkus dadah RM10.4 juta

Rumah teres 3 tingkat di Kajang jadi tempat bungkus dadah RM10.4 juta

Rumah teres 3 tingkat di Kajang jadi tempat bungkus dadah RM10.4 juta
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar (dua, kiri) menunjukkan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM10.4 juta dari sebuah rumah teres tiga tingkat di Kajang yang dijadikan tempat pembungkusan. – NSTP/Faiz Anuar

SHAH ALAM: Polis merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM10.4 juta menerusi serbuan di sebuah rumah teres tiga tingkat yang dijadikan stor penyimpanan dan lokasi pembungkusan di Kajang, pada 8 Disember lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar, berkata turut ditahan tiga individu iaitu dua wanita tempatan dan seorang lelaki warga asing berusia 40 hingga 45 tahun yang bekerja membungkus dadah berkenaan.

“Dalam serbuan berkenaan polis merampas lebih 75 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis termasuk serbuk serta pil ecstasy, ketamin, syabu, pil eramin 5 dan pil yaba.

“Turut dirampas 18 bungkusan plastik lutsinar berisi 1,600 batang rokok yang disyaki mengandungi bunga ganja seberat dua kilogram serta 400 kotak minuman botol yang disyaki mengandungi cecair ecstasy 195.5 liter,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Polis turut menyita sebuah kenderaan jenis Honda City serta barangan kemas dengan nilai keseluruhan berjumlah RM52,600.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UEC: Jangan Jadikan Modal Politik, Hormati Suara Majoriti Rakyat- Farhan Ahmad


Semakan mendapati sindiket berkenaan aktif sejak tiga bulan lalu dan dua wanita tempatan berkenaan menerima upah RM5,000 sebulan bagi kerja pembungkusan berkenaan manakala lelaki warga asing pula belum diberikan upah kerana baru memasuki negara ini pada November lalu.

Semakan rekod lampau mendapati suspek pertama dan kedua mempunyai satu rekod kesalahan narkotik di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, manakala suspek ketiga tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

Rumah teres 3 tingkat di Kajang jadi tempat bungkus dadah RM10.4 juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker