Pengantin lelaki minta kereta Brezza, wang RM90,000
Pengantin lelaki minta kereta Brezza, wang RM90,000

NEW DELHI – Seorang pengantin lelaki didakwa menuntut sebuah kereta dan wang tunai 2 juta rupee (RM90,000) sejurus sebelum upacara perkahwinannya diadakan, lapor laman berita The Indian Express semalam
Kejadian berlaku di Bareilly, dalam negeri Uttar Pradesh pada Jumaat lalu.
Susulan insiden itu, pengantin perempuan menolak untuk meneruskan perkahwinan mereka. Polis turut menahan pengantin lelaki dan dua ahli keluarganya.
Keluarga pengantin perempuan berkata, pengantin lelaki yang dikenali sebagai Rishabh, tiba di dewan bankuet berhampiran Perpustakaan Yugveena untuk mengahwini anak perempuan mereka.
Mereka bagaimanapun terkejut apabila dia meminta sebuah kereta Brezza dan wang tunai 2 juta rupee sambil mengugut untuk membatalkan perkahwinan sekiranya tuntutannya tidak dipenuhi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UEC: Bertentangan Dengan Akta 550 Dan Tidak Selari Dengan Dasar Pendidikan Nasional – Mahdzir Khalid
- RXZ Members Ride Edition Melaka Meriah
- Kes Tuntutan Sulu: UMNO Jelas Konsisten Jadi Pembela Serangan Luar, Dalam
UEC: Jangan Jadikan Modal Politik, Hormati Suara Majoriti Rakyat- Farhan Ahmad
“Saya tidak mahu berkahwin dengan orang yang tamakkan hantaran. Saya tidak boleh berkongsi hidup dengan lelaki yang tidak menghormati keluarga saya,” katanya dalam klip video tersebut.
Sebilangan netizen memberikan reaksi berbeza berhubung kejadian itu dengan seorang pengguna laman sosial menulis: “Keberanian diperlukan untuk membatalkan sebuah perkahwinan.” – AGENSI
Pengantin lelaki minta kereta Brezza, wang RM90,000
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu UEC Perlu Dinilai, Tolak Sentimen Emosi Atau Perkauman – Rushamizan
- Senario MIC: Tidak Salah Kenyataan Presiden UMNO – Hafiz Ariffin
- UMNO Sabah Perkukuh Semangat Perjuangan Pasca PRU DUN Sabah – Samasuddin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara
You must be logged in to post a comment.