Penduduk bimbang tragedi batu besar jatuh dari bukit berulang
Penduduk bimbang tragedi batu besar jatuh dari bukit berulang

KODIANG: Penduduk dua rumah di Kampung Bukit Kalong, Jalan Sanglang, di sini terpaksa keluar dari kediaman masing-masing apabila merasa terancam susulan kejadian batu besar menghempap rumah, tengah malam, kelmarin.
Penduduk, Zaidi Zainol, 53, dua buah rumah terbabit masing-masing didiami bapanya serta keluarga mentuanya namun bersyukur ketika kejadian ibu dan bapa mentuanya sedang tidur.
Katanya, ketika kejadian jam 12 tengah malam itu, dia berada di hadapan rumahnya tidak jauh dari rumah bapa dan mentuanya untuk mengambil barang.
“Masa batu itu jatuh dari bukit, kami terdengar bukit agak kuat sebelum batu terjatuh menghempap kawasan dapur dan melantun masuk ke dalam rumah, saya dengar bunyi kuat seperti benda pecah di bahagian belakang rumah mentua.
“Saya terus ke belakang rumah untuk melihat apa yang berlaku sebelum mendapati batu masuk ke dalam rumah melalui tingkap yang pecah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Zaidi berkata, ketika kejadian, ibu dan bapa mentuanya, Embun Ahmad, 65, dan Desa Saad, 70-an tidur di bilik namun bersyukur kerana batu itu tidak masuk ke dalam bilik tidur manakala bapanya, Zainol Mansor, 70-an yang tinggal bersebelahan rumah ketika itu tidur di rumah anaknya di Megat Dewa.
Katanya, dia memanggil kedua-duanya selepas terdengar bunyi batu jatuh untuk bertanyakan keadaan mereka namun mereka selamat.
“Sebelum tu, saya pergi rumah ayah saya dulu yang terletak tidak jauh dari situ dan mendapati bahagian tandas rumahnya pecah terkena serpihan batu yang jatuh itu.
“Selepas itu saya pergi rumah mentua dan mendapati batu besar melantun masuk ke rumah mentua, ” katanya.
Zaidi berkata, buat sementara waktu, kedua-rumah berkenaan terpaksa dikosongkan kerana bimbang kejadian itu berulang kerana dengan keadaan cuaca tidak menentu sekaramg ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UEC: Bertentangan Dengan Akta 550 Dan Tidak Selari Dengan Dasar Pendidikan Nasional – Mahdzir Khalid
- RXZ Members Ride Edition Melaka Meriah
- Kes Tuntutan Sulu: UMNO Jelas Konsisten Jadi Pembela Serangan Luar, Dalam
UEC: Jangan Jadikan Modal Politik, Hormati Suara Majoriti Rakyat- Farhan Ahmad
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Azhar Tajudin berkata, pihaknya sudah pun melakukan pemantauan di lokasi kejadian semalam yang disertai seramai 15 anggota serta pegawai turut menggunakan dron.
“Kami sudah pun melakukan pemantauan di lokasi selain mencadangkan pemilik untuk melakukan pengungsian rumah untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku, ” katanya.
Penduduk bimbang tragedi batu besar jatuh dari bukit berulang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu UEC Perlu Dinilai, Tolak Sentimen Emosi Atau Perkauman – Rushamizan
- Senario MIC: Tidak Salah Kenyataan Presiden UMNO – Hafiz Ariffin
- UMNO Sabah Perkukuh Semangat Perjuangan Pasca PRU DUN Sabah – Samasuddin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara
You must be logged in to post a comment.