Pemandu treler didakwa pandu kenderaan bawah pengaruh dadah, rempuh plaza tol
Pemandu treler didakwa pandu kenderaan bawah pengaruh dadah, rempuh plaza tol

SHAH ALAM: Seorang pemandu treler mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu kenderaan di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, susulan kejadian merempuh pondok tol di Plaza Tol Kemuning, Lebuhraya Shah Alam (Kesas) minggu lalu.
Tertuduh, Noor Azuan Abdul Rahman, 48, didakwa melakukan kesalahan itu di Lorong Touch ‘n Go Plaza Tol Kemuning, laluan dari Klang ke Kuala Lumpur, Lebuhraya Kesas di sini pada 9.11 malam, 10 Disember lalu.
Pertuduhan mengikut Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang tujuh tahun dan maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM30,000 dan tidak lebih daripada RM50,000, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Akhilah Rosmi menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, Noor Azuan yang tidak diwakili peguam merayu supaya jaminan dikurangkan dengan alasan dia perlu menjaga kedua-dua ibu bapanya yang uzur dan anak saudaranya yang masih kecil.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UEC: Bertentangan Dengan Akta 550 Dan Tidak Selari Dengan Dasar Pendidikan Nasional – Mahdzir Khalid
- RXZ Members Ride Edition Melaka Meriah
- Kes Tuntutan Sulu: UMNO Jelas Konsisten Jadi Pembela Serangan Luar, Dalam
UEC: Jangan Jadikan Modal Politik, Hormati Suara Majoriti Rakyat- Farhan Ahmad
Majistret Ameera Mastura Khamis membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan lesen memandu tertuduh digantung sehingga perbicaraan kes selesai.
Mahkamah turut menetapkan 12 Februari 2026 untuk sebutan kes bagi lantikan peguam.
Bernama sebelum ini melaporkan kemalangan itu membabitkan dua kenderaan yang dinaiki empat wanita, seorang lelaki dan dua kanak-kanak yang kesemuanya terselamat, namun hanya seorang jurutol wanita mengalami kecederaan dalam kejadian terbabit.
Pemandu treler didakwa pandu kenderaan bawah pengaruh dadah, rempuh plaza tol
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu UEC Perlu Dinilai, Tolak Sentimen Emosi Atau Perkauman – Rushamizan
- Senario MIC: Tidak Salah Kenyataan Presiden UMNO – Hafiz Ariffin
- UMNO Sabah Perkukuh Semangat Perjuangan Pasca PRU DUN Sabah – Samasuddin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara
You must be logged in to post a comment.