Kes peguam diugut, polis tunggu maklum balas MCMC

Kes peguam diugut, polis tunggu maklum balas MCMC

Kes peguam diugut, polis tunggu maklum balas MCMC
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar. – Foto NSTP

SHAH ALAM: Polis Selangor sedang menunggu maklum balas daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membantu mengenal pasti individu yang dipercayai memuat naik ugutan terhadap seorang peguam di media sosial berkaitan kes tembakan di Melaka.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata beberapa keterangan sudah diambil daripada peguam dan beberapa individu lain bagi membantu siasatan.

Polis menerima laporan daripada peguam berkenaan pada 5 Disember lalu selepas pengadu membaca satu komen dalam hantaran di Facebook.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Media pada 8 Disember lalu melaporkan, polis mengesahkan menerima laporan peguam mewakili keluarga tiga individu ditembak mati di Melaka yang mendakwa menerima ugutan bunuh di media sosial, pada Khamis.

Siasatan mendapati peguam berkenaan membaca komen daripada individu yang tidak dikenali menerusi hantaran di platform media sosial ketika berada di pejabatnya di Petaling Jaya.

Pada 24 November lalu, Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar memaklumkan tiga penjenayah berusia antara 24 hingga 29 tahun ditembak mati selepas seorang daripada mereka melibas parang terhadap seorang anggota polis di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal.

Kejadian jam 4.30 pagi itu menyebabkan anggota polis berpangkat koperal, berusia awal 30-an cedera parah pada lengan kiri.

Kes peguam diugut, polis tunggu maklum balas MCMC

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker