Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara

Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara

Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara

PAPAR, 15 Dis – Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi melahirkan kesyukuran dan menyatakan sokongan penuh serta tidak berbelah bahagi terhadap kemenangan Malaysia dalam menangani isu tuntutan Sulu, yang disifatkan sebagai satu kejayaan besar negara mempertahankan kedaulatan, maruah dan hak mutlak Malaysia ke atas Sabah.

Menurut beliau, kemenangan tersebut membuktikan bahawa Sabah adalah milik sah Malaysia dan sebarang tuntutan oleh pihak luar adalah tidak berasas, tidak relevan serta bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Tegasnya, isu tuntutan Sulu tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Sabah.

“Sebagai rakyat Sabah, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan seluruh jemaah menteri khususnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik, telus, cekap serta berpaksikan kepakaran.

“Kejayaan ini adalah bukti kesungguhan menteri Barisan Nasional (BN) yang sentiasa komited menzahirkan kesungguhan kerajaan mempertahankan hak negara melalui saluran undang-undang dan diplomasi,” katanya kepada UMNO Online.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UEC: Jangan Jadikan Modal Politik, Hormati Suara Majoriti Rakyat- Farhan Ahmad


Jamal menegaskan bahawa sebarang percubaan oleh pihak-pihak tertentu untuk menghidupkan semula tuntutan terhadap Sabah harus ditolak sepenuhnya kerana Sabah telah secara sah membentuk Malaysia pada tahun 1963 dan perkara tersebut diiktiraf oleh undang-undang serta masyarakat antarabangsa.

Beliau turut menekankan bahawa kemenangan dalam kes tuntutan Sulu ini merupakan contoh terbaik bagaimana kerajaan berfungsi secara berkesan apabila kepentingan negara diutamakan, tanpa diganggu agenda politik sempit.

“Usaha mempertahankan negara bukan isu politik setempat malah dalam isu kedaulatan, sepatutnya kita bersatu sebagai satu negara. Peranan kepimpinan yang bertanggungjawab amat penting kerana mereka ini telah memainkan peranan penting dan strategik dalam mengendalikan kes tuntutan Sulu sehingga mencapai kemenangan memihak kepada Malaysia.

“Kepimpinan Datuk Seri Azalina bersama pasukan undang-undang negara membuktikan bahawa Malaysia mempunyai keupayaan dan ketegasan untuk mempertahankan kedaulatannya di peringkat antarabangsa. Ini adalah kemenangan kedaulatan negara,” katanya.

Beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia, khususnya rakyat Sabah, agar terus bersatu padu dan memberikan sokongan padu kepada kerajaan dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang ancaman luar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Jadikan UEC Alat Politik, Utamakan Masa Depan Anak Bangsa – Norshida


“Kemenangan dalam kes tuntutan Sulu ini adalah mesej jelas kepada dunia bahawa Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia dan kedaulatan negara ini tidak boleh dipertikai,” katanya.

Dilaporkan, pada 10 Dis lalu Mahkamah Rayuan Paris membatalkan sepenuhnya ‘Award Akhir’ dalam tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.

War Room Sekretariat Khas Sulu yang bertindak bagi pihak Kerajaan Malaysia mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan Paris disampaikan pada 9 Disember, dan kerajaan menerima penghakiman rasmi berkenaan kemudiannya.

Mahkamah mendapati Stampa tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan ‘Award Akhir’ itu kerana tiada perjanjian timbang tara yang sah mengikat Malaysia. – UMNO Online

Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

RXZ Members Ride Melaka: Razak Ingatkan Jangan Hakimi Secara Menyeluruh

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker