Isu UEC Perlu Dinilai, Tolak Sentimen Emosi Atau Perkauman – Rushamizan

Isu UEC Perlu Dinilai, Tolak Sentimen Emosi Atau Perkauman – Rushamizan

Isu UEC Perlu Dinilai, Tolak Sentimen Emosi Atau Perkauman – Rushamizan

TAWAU, 15 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau menegaskan bahawa perbincangan mengenai sijil Unified Examination Certificate (UEC) tidak seharusnya dikeruhkan dengan sentimen emosi atau perkauman.

Ketuanya, Rushamizan Rustam berkata, ia perlu dilihat sebagai isu dasar pendidikan dan tadbir urus negara yang menuntut pertimbangan menyeluruh serta berlandaskan prinsip keadilan kepada semua aliran pendidikan.

Menurutnya, polemik yang timbul bukan disengajakan oleh mana-mana pihak, sebaliknya mencerminkan kebimbangan sebenar rakyat terhadap hala tuju sistem pendidikan negara serta implikasinya terhadap keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.

“Kami mengiktiraf sumbangan dan pencapaian pelajar daripada pelbagai aliran pendidikan, termasuk UEC. Namun, dalam konteks dasar negara, keseragaman keperluan asas adalah penting bagi memastikan keadilan sistem pendidikan serta mengelakkan persepsi layanan berbeza antara pelajar.

“Pelajar dalam sistem kebangsaan diwajibkan memenuhi keperluan tertentu termasuk penguasaan Bahasa Melayu dan pemahaman Sejarah Malaysia. Sebarang pertimbangan berkaitan pengiktirafan UEC perlu mengambil kira keseimbangan antara keterbukaan dan tanggungjawab nasional, agar perpaduan dan integrasi nasional terus terpelihara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UEC: Jangan Jadikan Modal Politik, Hormati Suara Majoriti Rakyat- Farhan Ahmad


“Keputusan dasar yang dibuat harus mengambil kira implikasi jangka panjang agar ia tidak menimbulkan kekeliruan atau perpecahan dalam kalangan generasi muda pada masa hadapan,” katanya kepada UMNO Online.

Seterusnya kata Rushamizan, seperti yang telah ditegaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim keutamaan kerajaan adalah untuk memperkukuh sistem sekolah kebangsaan sebagai teras perpaduan negara, dan bukannya membuka ruang kepada kewujudan sistem selari yang berpotensi memecah-belahkan rakyat.

“Pendekatan ini selari dengan pandangan Pemuda UMNO bahawa sekolah kebangsaan berperanan sebagai ruang pertemuan bersama yang membentuk kefahaman, nilai dan identiti kebangsaan dalam kalangan generasi muda.

“Kami percaya bahawa dialog yang matang, berfakta dan berpaksikan Perlembagaan Persekutuan adalah jalan terbaik untuk memastikan Malaysia terus bersatu dalam kepelbagaian,” ujarnya.

Ujarnya lagi, Pemuda UMNO Tawau terus menyokong usaha memperkukuh sistem pendidikan kebangsaan sebagai teras perpaduan negara, selari dengan pendirian bahawa pendidikan tidak wajar dijadikan ruang perpecahan.

Isu UEC Perlu Dinilai, Tolak Sentimen Emosi Atau Perkauman – Rushamizan

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan sebarang tuntutan yang hanya menumpukan kepada satu bahasa atau kaum, tanpa mengambil kira kedudukan bahasa kebangsaan, berpotensi menimbulkan ketegangan dan menggugat keharmonian masyarakat.

Beliau turut menyeru semua pihak agar bertanggungjawab dalam mengemukakan cadangan, memastikan selari dengan semangat Perlembagaan. – UMNO Online

Isu UEC Perlu Dinilai, Tolak Sentimen Emosi Atau Perkauman – Rushamizan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Jadikan UEC Alat Politik, Utamakan Masa Depan Anak Bangsa – Norshida


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker