Baru sebulan berkahwin, suami maut motosikal dirempuh kereta

Baru sebulan berkahwin, suami maut motosikal dirempuh kereta

Seorang lelaki yang baru sebulan mendirikan rumah tangga maut dalam nahas membabitkan kereta dan motosikal di Jalan Kuchai Lama arah ke Sri petaling. - Tangkap layar tular
Seorang lelaki yang baru sebulan mendirikan rumah tangga maut dalam nahas membabitkan kereta dan motosikal di Jalan Kuchai Lama arah ke Sri petaling. – Tangkap layar tular

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang baru sebulan mendirikan rumah tangga maut dalam nahas membabitkan kereta dan motosikal di Jalan Kuchai Lama arah ke Sri petaling, di sini.

Dalam nahas kira-kira jam 12.30 tengah malam 8 Disember lalu itu, mangsa, Muhammad Harish Aiman Mat Zahid, 25, yang menunggang motosikal Honda RS150 terbabit kemalangan dengan kereta jenis Honda City dipandu lelaki tempatan berusia 38 tahun.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video papan pemuka sebuah kenderaan menunjukkan detik ketika mangsa dirempuh kenderaan terbabit pada malam kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, mengesahkan pihaknya mengesan satu rakaman video berhubung nahas itu tular di media sosial hari ini.

“Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah di kepala dan menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM),” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UEC: Jangan Jadikan Modal Politik, Hormati Suara Majoriti Rakyat- Farhan Ahmad


Bagaimanapun, beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia jam 7.11 pagi pada 9 Disember lalu ketika menerima rawatan di HCTM.

Berikutan itu, katanya, siasatan kemalangan yang pada mulanya dibuat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 41(1) akta sama selepas mangsa meninggal dunia.

“Pihak polis menjalankan siasatan dengan merakam percakapan pemandu kereta yang tampil membuat laporan pada hari yang sama.

“Kertas siasatan sedang dilengkapkan untuk dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan arahan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, polis meminta saksi yang melihat kejadian termasuk pemilik rakaman video rakaman papan pemuka yang tular itu tampil membantu siasatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RXZ Members Ride Melaka: Razak Ingatkan Jangan Hakimi Secara Menyeluruh


“Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohammad Salehuddin Musa dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Kematian mangsa jelas mengundang sebak orang ramai apabila keluarga terdekat dalam perkongsian beberapa hantaran di TikTok mendedahkan mangsa dan isteri baru sahaja bernikah pada 7 November lalu.

Apa yang lebih menyedihkan adalah majlis di sebelah pihak keluarga Muhammad Harish Aiman yang dirancang berlangsung pada Sabtu lalu tidak kesampaian apabila Allahyarham terbabit kemalangan maut.

Baru sebulan berkahwin, suami maut motosikal dirempuh kereta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara


 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker