87 saman direkod sepanjang RXZ Members Ride Edition 3.0 di Melaka
87 saman direkod sepanjang RXZ Members Ride Edition 3.0 di Melaka

MELAKA: Polis negeri ini mengeluarkan 87 saman atas pelbagai kesalahan trafik sepanjang penganjuran RXZ Members Ride Edition 3.0 yang berlangsung di sekitar negeri berkenaan dari 12 hingga 14 Disember lalu.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata semua saman itu dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.
Katanya, antara kesalahan utama yang dikenal pasti ialah Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh (14 kes), tiada lesen memandu (13 kes) dan lesen memandu tamat tempoh (satu kes) serta tidak mempamerkan pelekat P atau L (11 kes).
“Kesalahan lain yang turut direkodkan melibatkan aksesori tidak dibenarkan (10 kes), tiada perlindungan insurans (sembilan kes), tiada cermin sisi (enam kes) dan tiada nombor pendaftaran (lima kes),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dzulkhairi berkata polis turut mengesan kesalahan topi keledar (lima kes), ubah suai ekzos (empat kes), kesalahan nombor plat (tiga kes) serta lampu brek (tiga kes) selain tidak patuh arah (dua kes) dan gagal berhenti (satu kes) direkodkan sepanjang tempoh operasi berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UEC: Bertentangan Dengan Akta 550 Dan Tidak Selari Dengan Dasar Pendidikan Nasional – Mahdzir Khalid
- RXZ Members Ride Edition Melaka Meriah
- Kes Tuntutan Sulu: UMNO Jelas Konsisten Jadi Pembela Serangan Luar, Dalam
UEC: Jangan Jadikan Modal Politik, Hormati Suara Majoriti Rakyat- Farhan Ahmad
Beliau berkata sepanjang tempoh itu juga tiada kenderaan disita dan tiada tangkapan dibuat, selain tiada sebarang kemalangan maut atau parah dilaporkan melibatkan peserta program berkenaan.
87 saman direkod sepanjang RXZ Members Ride Edition 3.0 di Melaka
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu UEC Perlu Dinilai, Tolak Sentimen Emosi Atau Perkauman – Rushamizan
- Senario MIC: Tidak Salah Kenyataan Presiden UMNO – Hafiz Ariffin
- UMNO Sabah Perkukuh Semangat Perjuangan Pasca PRU DUN Sabah – Samasuddin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara
You must be logged in to post a comment.