RXZ Members Ride Melaka: Razak Ingatkan Jangan Hakimi Secara Menyeluruh
RXZ Members Ride Melaka: Razak Ingatkan Jangan Hakimi Secara Menyeluruh
KUALA LUMPUR, 15 Dis – Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri Melaka, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata adalah tidak adil untuk menghukum keseluruhan penganjuran RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0.
Tegas beliau kenyataan Dap Melaka berhubung penganjuran acara berskala besar ini hanya berdasarkan tindakan segelintir individu tidak bertanggungjawab, sedangkan acara ini telah memberi limpahan ekonomi kepada rakyat negeri Melaka dalam dan luar bandar.

“Hakikatnya, satu fakta yang tidak boleh dinafikan ialah program ini telah memberi manfaat ekonomi yang besar kepada peniaga-peniaga kecil, industri perhotelan dan pengusaha homestay dalam Negeri Melaka.
“Saya di sini ingin menegaskan bahawa tiada sebarang kelulusan diberikan untuk aktiviti haram, perlakuan berbahaya atau gangguan ketenteraman awam. Oleh itu, saya juga ingin berpesan kepada DAP Melaka bahawa mengaitkan perkara tersebut secara langsung dengan penganjuran rasmi acara ini adalah tidak tepat dan mengelirukan rakyat,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Kata beliau lagi sebaliknya, sejak awal penganjuran kerjasama rapat telah dijalinkan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan pemantauan dan penguatkuasaan dilaksanakan.
Tambahnya tindakan tegas terhadap pelanggaran undang-undang adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa dan Kerajaan Negeri menyokong sepenuhnya langkah tersebut.
“DAP Melaka seharusnya bersikap lebih bertanggungjawab dengan mengemukakan cadangan konstruktif, bukannya mengeluarkan kenyataan yang berunsur populis yang boleh mencetuskan persepsi negatif terhadap usaha Kerajaan Negeri memajukan sektor pelancongan negeri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Tuntutan Sulu: UMNO Jelas Konsisten Jadi Pembela Serangan Luar, Dalam
- Jangan Jadikan UEC Alat Politik, Utamakan Masa Depan Anak Bangsa – Norshida
- Pemuda UMNO Tegas Tolak UEC, Tidak Selaras Dasar Negara – Hafiz Ariffin
- Isu Tuntutan Sulu: Azmi Sifatkan Azalina Menteri Bertanggungjawab, Pertahan Kedaulatan
Melaka Salur RM300,000 Kepada IPK, Prihatin Kebajikan Warga PDRM – Ab Rauf
“Dalam ucapan Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka sepanjang dua hari penganjuran beliau acap kali menegaskan bahawa walaupun kelonggaran diberi namun keselamatan dan tidak melakukan aktiviti tidak bermoral diatas jalan raya.
“Namun ucapan ini pastinya tidak didengari oleh pihak DAP yang tidak langsung hadir ke program ini. Kerajaan Negeri akan terus menyokong penganjuran acara komuniti yang membawa manfaat ekonomi dan sosial kepada rakyat Melaka, namun tidak akan pernah sesekali berkompromi terhadap keselamatan dan pematuhan undang-undang,” ujarnya.- UMNO Online
RXZ Members Ride Melaka: Razak Ingatkan Jangan Hakimi Secara Menyeluruh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UEC: Bertentangan Dengan Akta 550 Dan Tidak Selari Dengan Dasar Pendidikan Nasional – Mahdzir Khalid
- UEC: Jangan Jadikan Modal Politik, Hormati Suara Majoriti Rakyat- Farhan Ahmad
- KePKAS Sambut Baik Belanjawan Sabah 2026 – Jafry
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.