Pemuda UMNO Johor Cabar Isu UEC Diselesaikan Melalui Kehakiman
Pemuda UMNO Johor Cabar Isu UEC Diselesaikan Melalui Kehakiman

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor melahirkan rasa kesal apabila isu perpaduan nasional dan pendidikan sebagai bahan permainan politik yang sempit dan bermusim.
Ketuanya, Noor Azleen Ambros berkata adanya pihak tertentu yang mendesak kerajaan untuk mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC), malah mengeluarkan ugutan bahawa parti tersebut akan menarik diri daripada kerajaan sekiranya tuntutan tersebut tidak dipenuhi.
“Desakan agar UEC diiktiraf bukanlah perkara baharu. Ia sengaja diulang dan dipolitikkan secara bermusim, khususnya menjelang pilihan raya. Menjadikan isu pendidikan dan perpaduan nasional sebagai alat politik adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak matang.
“Bagi menamatkan serta memuktamadkan polemik berpanjangan berhubung peperiksaan UEC, Pemuda UMNO Johor mencabar untuk membawa perkara ini ke peringkat semakan kehakiman di mahkamah.
“Sekiranya mahkamah memutuskan bahawa UEC adalah selari dengan Perlembagaan Persekutuan serta memenuhi aspirasi dan dasar nasional dalam bidang pendidikan, maka tiada lagi alasan untuk kerajaan menangguhkan pengiktirafan UEC,” katanya menerusi satu kenyataan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Tuntutan Sulu: UMNO Jelas Konsisten Jadi Pembela Serangan Luar, Dalam
- Jangan Jadikan UEC Alat Politik, Utamakan Masa Depan Anak Bangsa – Norshida
- Pemuda UMNO Tegas Tolak UEC, Tidak Selaras Dasar Negara – Hafiz Ariffin
- Isu Tuntutan Sulu: Azmi Sifatkan Azalina Menteri Bertanggungjawab, Pertahan Kedaulatan
Melaka Salur RM300,000 Kepada IPK, Prihatin Kebajikan Warga PDRM – Ab Rauf
Mengulas lanjut, Azleen menegaskan bahawa segala keputusan kehakiman akan menghentikan segala polemik berkaitan UEC.
“Keputusan semakan kehakiman ini akan menoktahkan segala polemik berhubung UEC, sekali gus membolehkan kerajaan dan semua pihak memberi fokus sepenuhnya kepada isu-isu yang lebih mendesak dalam memperkukuh dan memperbaiki sistem pendidikan negara,” katanya lagi.
Seterusnya kata beliau lagi, pendekatan sebegini bukan sahaja gagal memulihkan kepercayaan pengundi, malah mendedahkan krisis kepimpinan dan kebuntuan idea yang semakin ketara dalam kalangan pimpinan parti berkenaan.
“Sejurus selepas kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sabah ke-17, kegusaran jelas terpancar apabila pimpinan parti dilihat tercari-cari hala tuju, tanpa strategi ampuh, dalam usaha terdesak mengekalkan sokongan pengundi Cina yang semakin terhakis hari demi hari,” ujarnya. – UMNO Online
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor melahirkan rasa kesal apabila isu perpaduan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UEC: Bertentangan Dengan Akta 550 Dan Tidak Selari Dengan Dasar Pendidikan Nasional – Mahdzir Khalid
- UEC: Jangan Jadikan Modal Politik, Hormati Suara Majoriti Rakyat- Farhan Ahmad
- KePKAS Sambut Baik Belanjawan Sabah 2026 – Jafry
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.