Kes tertembak kaki sendiri: Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Samarahan disahkan stabil
Kes tertembak kaki sendiri: Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Samarahan disahkan stabil

MELAKA: Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Barry William yang cedera tertembak kaki sendiri ketika menyertai pertandingan menembak di Kem Sungai Udang, di sini, Khamis lalu, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Mengesahkan perkembangan itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata Barry menerima rawatan di Hospital Melaka dan tahap kesihatannya masih dipantau pihak hospital.
“Keadaan beliau stabil dan sudah menjalani pembedahan kelmarin bagi mengeluarkan peluru dari kaki kanan. Sekiranya keadaan mengizinkan, beliau mungkin dibenarkan keluar hospital hari ini atau esok sebelum berehat di rumahnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Barry,47, cedera dalam kejadian kira-kira jam 7.55 pagi ketika menyertai Kejohanan Menembak 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) Konfederasi Menembak Praktikal Antarabangsa (IPSC) Open Level II Tahun 2025 di Lapangsasar Tempur.
Siasatan awal mendapati mangsa tertembak diri sendiri ketika meletakkan senjata api jenis CZ Czechmate 9/19 ke dalam sarung pistol.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Tegas Tolak UEC, Tidak Selaras Dasar Negara – Hafiz Ariffin
- Isu Tuntutan Sulu: Azmi Sifatkan Azalina Menteri Bertanggungjawab, Pertahan Kedaulatan
- Kes Sulu: Hargai Usaha Kekalkan Kedaulatan, Tolak Tuntutan Tidak Berasas – Rosni Zahari
Jangan Jadikan UEC Alat Politik, Utamakan Masa Depan Anak Bangsa – Norshida
Sumber memaklumkan, peluru berkenaan memasuki bahagian betis kaki kanan mangsa dan kejadian itu disahkan oleh pegawai bertugas yang menyelia serta memantau pertandingan berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka dalam kenyataan rasmi di Facebook hari ini memaklumkan Dzulkhairi turut mengiringi lawatan kebajikan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail ke atas mangsa semalam.
Dalam lawatan itu Mohd Khalid bersama isteri, Datin Seri Datuk Dr Munirah Che Rose merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia menyampaikan sumbangan serta kata-kata semangat kepada pegawai polis berkenaan.
Kes tertembak kaki sendiri: Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Samarahan disahkan stabil
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Johor Cabar Isu UEC Diselesaikan Melalui Kehakiman
- KePKAS Sambut Baik Belanjawan Sabah 2026 – Jafry
- Melaka Salur RM300,000 Kepada IPK, Prihatin Kebajikan Warga PDRM – Ab Rauf
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
RXZ Members Ride Melaka: Razak Ingatkan Jangan Hakimi Secara Menyeluruh
You must be logged in to post a comment.