Sorakan di Anfield iringi kebangkitan Salah
Sorakan di Anfield iringi kebangkitan Salah

London: Mohamed Salah memainkan peranan penting dalam kemenangan Liverpool ke atas Brighton, semalam selepas satu wawancara panas mencetuskan persoalan mengenai masa depannya bersama kelab itu.
Penyerang Mesir itu, yang menjadi tumpuan utama menjelang aksi di Anfield, masuk dari bangku simpanan pada babak pertama dengan sorakan gemuruh penyokong, menggantikan pertahanan yang cedera, Joe Gomez.
Ketika itu, pasukan tuan rumah yang semakin goyah dalam usaha mereka mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) rentetan keputusan mengecewakan, mendahului 1-0 hasil jaringan penyerang Perancis, Hugo Ekitike seawal 46 saat permainan.
Brighton mensia-siakan beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan sebelum Ekitike menjaringkan gol keduanya kira-kira setengah jam sebelum tamat perlawanan menerusi tandukan hasil sepakan sudut Salah.
Bintang Mesir itu kini mencatatkan 277 pembabitan gol bersama Liverpool dalam EPL, 188 gol dan 89 bantuan jaringan, satu rekod baharu bagi seorang pemain bersama satu kelab dalam saingan itu, memintas rekod Wayne Rooney bersama Manchester United.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Tuntutan Sulu: UMNO Jelas Konsisten Jadi Pembela Serangan Luar, Dalam
- Jangan Jadikan UEC Alat Politik, Utamakan Masa Depan Anak Bangsa – Norshida
- Pemuda UMNO Tegas Tolak UEC, Tidak Selaras Dasar Negara – Hafiz Ariffin
- Isu Tuntutan Sulu: Azmi Sifatkan Azalina Menteri Bertanggungjawab, Pertahan Kedaulatan
Melaka Salur RM300,000 Kepada IPK, Prihatin Kebajikan Warga PDRM – Ab Rauf
Itu adalah perlawanan ketiga berturut-turut dia bermula sebagai pemain gantian.
Pemain sayap berusia 33 tahun itu turut mendakwa tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pengurus, Arne Slot, dalam luahan mengejutkan selain digugurkan daripada skuad untuk aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Inter Milan pertengahan minggu lalu, yang dimenangi Liverpool 1-0.
Selepas kemenangan ke atas Brighton, Slot menegaskan tiada isu yang perlu diselesaikan bersama Salah, namun masa depan jangka panjang pemain itu bersama kelab masih belum jelas.
“Bagi saya, dia kini sama seperti pemain lain.
“Awak berbincang dengan pemain sama ada gembira atau tidak gembira, tetapi tiada apa yang perlu dibincangkan selepas apa yang berlaku ketika menentang Leeds, selepas perlawanan,” kata pengendali dari Belanda itu.
Tambahnya: “Saya bercakap dengannya semalam dan seperti kebiasaan, saya tidak akan mendedahkan apa yang kami bincangkan. Tetapi tindakan lebih bermakna berbanding kata-kata.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Belia Negeri Sembilan Diperkasa, Mohd Razi Tegaskan Terus Komited Lahirkan Pemimpin Masa Depan
- Pemuda UMNO Sambut Baik Keputusan Kes Sulu, Kemenangan Pertahan Kedaulatan Negara
- Sharif Musa Seru Ahli UMNO Sabah Perkukuh Kesatuan di Bawah Kepimpinan Baharu
Kes Sulu: Hargai Usaha Kekalkan Kedaulatan, Tolak Tuntutan Tidak Berasas – Rosni Zahari
“Dia kembali berada dalam skuad dan apabila saya perlu membuat pertukaran pertama, saya memasukkannya. Dia mempamerkan aksi seperti yang setiap penyokong, termasuk saya, harapkan hari ini,” katanya.
Salah kini dijangka berlepas menyertai Piala Negara-Negara Afrika di Maghribi dan berpotensi terlepas sehingga lima minggu aksi bersama Liverpool.
Kemenangan 2-0 itu yang pertama di Anfield sejak 4 November melonjakkan pasukan kendalian Slot ke tangga keenam liga.
Namun, usaha mempertahankan kejuaraan Liverpool hampir musnah selepas hanya merekodkan dua kemenangan daripada 10 perlawanan liga sebelum kunjungan Brighton.
Sorakan di Anfield iringi kebangkitan Salah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UEC: Bertentangan Dengan Akta 550 Dan Tidak Selari Dengan Dasar Pendidikan Nasional – Mahdzir Khalid
- UEC: Jangan Jadikan Modal Politik, Hormati Suara Majoriti Rakyat- Farhan Ahmad
- KePKAS Sambut Baik Belanjawan Sabah 2026 – Jafry
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.