Bekas wira Piala Thomas 1992, Datuk Rashid Sidek.

Bekas wira Piala Thomas 1992, Datuk Rashid Sidek.

Bekas wira Piala Thomas 1992, Datuk Rashid Sidek.
Rashid Sidek puji persiapan awal BAM, sasaran Piala Thomas 2026 bakal jadi realiti

Kuala Lumpur: Bekas wira Piala Thomas 1992, Datuk Rashid Sidek melihat persiapan awal yang dilakukan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi menghadapi Piala Thomas 2026 sebagai satu tindakan positif.

Bagi Rashid, ketika zamannya beraksi dahulu, mereka melakukan persiapan begitu teliti dan mengambil masa yang cukup panjang sebelum turun bertanding, namun hasilnya memberi impak positif buat skuad badminton negara.

Katanya, langkah BAM ketika ini dilihat sebagai sesuatu yang baik dalam usaha merampas kembali gelaran juara selepas kali terakhir Malaysia menikmatinya 33 tahun lalu.

Namun, untuk merealisasikan impian berkenaan, semua pihak perlu berganding bahu serta meningkatkan prestasi ke tahap tertinggi agar kemarau kejuaraan tidak terus berpanjangan.

“Memang bagus. Kalau tengok sekarang, persiapan memang berada pada tahap yang baik. Dulu, kita ambil masa bertahun-tahun untuk buat persiapan, bukan enam bulan atau setahun, tetapi bertahun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Melaka Salur RM300,000 Kepada IPK, Prihatin Kebajikan Warga PDRM – Ab Rauf


“Jadi apabila BAM tampil dengan inisiatif seperti ini, dengan persiapan sudah dimulakan enam atau tujuh bulan lebih awal, itu memang satu langkah yang sangat baik. Sebelum ini, kalau tiada perancangan awal, persiapan lebih tertumpu kepada usaha individu.

“Kalau sasaran kita untuk merampas semula dan menjulang kembali Piala Thomas, persiapan memang perlu dimulakan dari sekarang,” katanya.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia beraksi di pentas final adalah pada 2014 sebelum tewas 2-3 kepada Jepun.

Bekas wira Piala Thomas 1992, Datuk Rashid Sidek.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

RXZ Members Ride Edition Melaka Meriah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker